Sunday, January 3, 2016

Dato Seri Vida Beri Dua Syarat Sebelum Taja KAFA

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang bergelut dengan krisis kewangan kini mempunyai peluang untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali dengan nama Datuk Seri Vida bersedia untuk menaja KAFA.


Namun, kesudian Datuk Seri Vida hadir dengan dua syarat iaitu:

1- Stadium Sultan Muhammad IV perlu dicat semula dengan warna merah jambu.

2- Pasukan Kelantan perlu dinamakan semula sebagai Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW) seperti pasukan Negeri Sembilan yang telah dijenamakan semula sebagai NS Matrix.
"Soal tajaan, saya tidak kisah. Jika mereka tidak cukup perbelanjaan, saya boleh salurkan. Mereka memerlukan dana secepat mungkin dan saya bersedia membantu tetapi bersyarat,” ujar Datuk Seri Vida.
Dato Seri Vida Beri Dua Syarat Sebelum Taja KAFA

Datuk Seri Vida turut menjelaskan keinginan untuk memulihkan pasukan yang juga merupakan negeri kelahiran beliau. Pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu dilahirkan di Machang, Kelantan.

Beliau juga menambah, sekalipun perbincangan awal dengan juara Piala Malaysia dua kali itu menemui jalan buntu, dia tidak menolak kemungkinan untuk rundingan seterusnya diadakan.
“Saya pasti rundingan akan dilakukan lagi kerana KAFA memang memerlukan bantuan saya,” ujar beliau.
Dato Seri Vida Beri Dua Syarat Sebelum Taja KAFA

Lagi artikel menarik:-

1) Inilah Respon Slumber Dato Vida Bila Dibandingkan Dengan Datuk Aliff Syukri 

2) Kalau Muka Sama Ada Jodoh... Inilah Gambar Pengantin Berwajah Seiras, No.9 Mengejutkan!!

3) MESTI BACA!! Punca Sebenar Vape DIHARAMKAN Di Johor Terbongkar

Dato Seri Vida Beri Dua Syarat Sebelum Taja KAFA Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.