Sunday, December 20, 2015

Tragedi Air Terjun: Lima Sekeluarga Maut

Tragedi Air Terjun: Lima Sekeluarga Maut

KUALA BERANG: Lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak lemas ketika mandi di kawasan perkelahan Air Terjun Belukar Bukit, di sini, jam 11 pagi semalam. 

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan kecemasan mengenai kejadian itu, kira-kira jam 11.35 pagi.

Katanya, seramai 11 pegawai dan anggota bersama dua jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd Yusof dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan kerja menyelamat. 
"Berdasarkan laporan awal, kita dimaklumkan sepasang suami isteri bersama tiga anak perempuan mereka lemas ketika mandi di kawasan perkelahan itu. 
"Ketika sedang mandi, secara tiba tiba mangsa dihanyutkan arus deras dipercayai berpunca daripada kepala air," katanya. 
Difahamkan keluarga berkenaan yang tinggal di Shah Alam, Selangor, pulang bercuti di Bukit Tunggal, Kuala Nerus, sebelum pergi berkelah di air terjun berkenaan. 

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Zuraidi Mohd Yusof berkata, mayat kelima-lima mangsa ditemui secara berperingkat oleh anggota penyelamat tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan lemas dengan mayat terakhir ditemui jam 12.37 tengah hari. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Sumber Berita Harian 

Tragedi Air Terjun: Lima Sekeluarga Maut Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.