Thursday, December 10, 2015

Tips Mudah Untuk Jadikan Tubuh Anda Kekal Cantik Mengancam!

Tips Mudah Untuk Jadikan Tubuh Anda Kekal Cantik Mengancam!

Tak perlu mengeluh di depan cermin hanya sebab melihat tubuh badan masih tidak mengecil selepas puas berdiet. Kali ini anda boleh cuba amalkan beberapa pemakanan ini, lebih mudah dan berkesan untuk anda.

Nak ukur lilit pinggang anda cantik dan perut tidak buncit, cuba ambil beberapa makanan seperti ini:

1. Agar-agar

Makanan ini memberikan rasa dingin pada perut. Diperbuat daripada rumpai laut dan boleh membantu melancarkan pencernaan serta memenuhi keperluan serat di dalam tubuh. Ambil agar-agar juga tidak memberatkan pencernaan apabila diambil secara berulang.

2. Jus buah-buahan

Minuman jus buah-buahan yang disarankan adalah seperti lobak merah, tomato, epal, oren, betik, anggur dan buah-buahan beri. Jenis buah yang disarankan ini sebenarnya dapat membantu mengurangi perut buncit dan membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama. Hindari jus buah dengan kandungan buah seperti pisang atau mangga pada permulaannya. 

3. Brokoli

Sayuran yang cantik dan enak ini merupakan sumber makanan penting untuk menjaga ukur lilit pinggang anda. Ambil brokoli secara rutin boleh melancarkan saluran pencernaan dan meningkatkan metabolisme anda.

4. Teh

Minum teh juga membantu mendinginkan perut dan memudahkan pencernaan. Jenis teh yang disarankan adalah teh hitam dan teh hijau.  Namun, tidak disarankan minum minuman ini setiap hari. Cukup dengan hanya minum antara dua hingga tiga kali seminggu kerana teh juga boleh menjadi salah satu minuman yang menahan sistem pembuangan air.

5. Yogurt

Apabila perut anda cukup banyak dengan kandungan asid, cubalah makan atau minum yogurt. Probiotik di dalamnya boleh membunuh bakteria jahat di dalam usus dan melancarkan pencernaan anda. Namun, ada sesetengah orang yang tidak boleh mengambil produk susu. Golongan ini bolehlah menggantikannya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Mudah bukan? So tak perlu lah nak pening kepala mana nak cari bahan, sebab makanan ni antara makanan yang sering kita gunakan atau minum setiap hari. MUDAH DIDAPATI di pasar raya! ^_^

Tips Mudah Untuk Jadikan Tubuh Anda Kekal Cantik Mengancam! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.