Sunday, December 13, 2015

Tauke Tunai Amanat Terakhir Arwah Ibu Bapa Dan Yus Jambu!

Tauke Tunai Amanat Terakhir Arwah Ibu Bapa Dan Yus Jambu!

Bertarikh 6 disember lalu, Tauke telah selamat melangsungkan majlis pertunangannya dengan Nadia. Berkongsi kisah sebenar majlis pertunangannya itu, Tauke memaklumkan terdapat beberapa sebab dia memilih untuk mengikat tali pertunangnnya.

Selain demi masa depannya, Tauke memilih untuk mengikat tali pertunangan kerana amanat arwah ibu, bapa dan Pak Yus sendiri.
“Antara sebab utama saya mengikat tali pertunangan dan seterusnya mendirikan rumah tangga selepas ini adalah kerana sudah tiba masanya saya memikirkan masa depan. Bukan bermaksud saya tak pernah fikirkan masa depan sebelum ini.
“Selain itu, ia juga adalah amanat daripada arwah ibu bapa saya yang mahu saya memiliki sebuah keluarga sempurna dan amanat daripada arwah Pak Yus sendiri yang minta saya untuk cepat-cepat berkahwin," katanya.
Menurut Tauke, perancangan untuk mengikat tali pertunangan sudah lama dirancang namun faktor jadual yang padat menyebabkan hasratnya terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.
“Saya sebenarnya sudah lama merancang untuk melangsungkan pertunangan ini tetapi baru sekarang dapat dilaksanakan kerana sibuk dengan kerjaya.
“Mula-mula kami rancang untuk adakan majlis pada 29 November sebelum ditukar pada 5 Disember dan saya ada beritahu Pak Yus untuk datang.
Tauke Tunai Amanat Terakhir Arwah Ibu Bapa Dan Yus Jambu!
Sekitar Majlis Pertunangan Tauke...
Tauke berkata, agak sebak apabila Pak Yus pernah memberitahu tidak dapat hadir pada hari pentingnya itu.
"Tapi Pak Yus kata dia tak dapat datang pada tarikh berkenaan dan kini barulah saya tahu kenapa dia tak datang,” katanya.
Tambah Tauke lagi, mengikut perancangan dia dan Nadia bakal disatukan sebagai suami isteri pada Disember tahun hadapan.

Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan pada majlis pertunangan itu, namun berharap dapat disatukan segera dengan wanita berkenaan.
“Bertunang selama setahun tetapi lagi cepat disatukan lebih baik. “Insya-ALLAH jika sudah ada tarikh saya akan beritahu,” katanya.

Tauke Tunai Amanat Terakhir Arwah Ibu Bapa Dan Yus Jambu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.