Thursday, December 10, 2015

Tauke Terkilan Hajat Terhadap Pak Yus Tak Kesampaian... SAYU!

Tauke Terkilan Hajat Terhadap Pak Yus Tak Kesampaian... SAYU!

Pelawak Tauke akui terkilan selepas hajatnya untuk menjadikan Allahyarham Pak Yus sebagai pengapit untuk pihak lelaki di majlis perkahwinannya tidak kesampaian.

Menurut Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri bin Zakaria, hajatnya itu pernah disampaikan sendiri olehnya kepada Allahyarham Pak Yus sebelum ini.
“Saya terkilan apabila hajat untuk lihat Allahyarham Pak Yus untuk jadi pengapit di majlis perkahwinan saya nanti tidak kesampaian. Memang saya ada beritahu dia mengenai perkara ini beberapa bulan yang lalu.
“Tapi Allah SWT lebih sayangkan dia dan saya redha dengan pemergian dia," katanya.
Tauke yang mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nadia merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Disember tahun hadapan.
“InsyaAllah saya dan pihak perempuan merancang untuk mengadakan majlis persandingan kami pada bulan Disember tahun depan. Setelah empat tahun berkawan, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya melangkah ke alam perkahwinan,” ujarnya.
Tauke Terkilan Hajat Terhadap Pak Yus Tak Kesampaian... SAYU!

Hmm, masih terasa pemergian arwah tapi nak buat macam mana Allah lebih sayangkan Yus Jambu. Buat Tauke, semoga dipermudahkan segala urusan yang mendatang!

Tauke Terkilan Hajat Terhadap Pak Yus Tak Kesampaian... SAYU! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.