Sunday, December 27, 2015

TAHNIAH! Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Mohd Izwan

TAHNIAH! Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Mohd Izwan

TAHNIAH diucapkan kepada anak Amy Search iaitu pelakon Nabila Huda, 31 yang telah selamat diijabkabulkan dan sah bergelar isteri kepada pengurus restoran Kulcats, Mohd Izwan, 32 hanya dengan sekali lafaz di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah Jumaat lalu.

Nabila dinikahkan sendiri oleh bapanya, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 57, disaksikan jurunikah.

TAHNIAH! Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Mohd Izwan
Mohd Izwan Menyarung Cincin Di Jari Manis Nabila Huda...
Majlis pernikahan pelakon yang popular dengan drama bersiri Teduhan Kasih itu berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh teman rapat serta keluarga.

Nabila sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008 namun berpisah tiga tahun kemudian. 

TAHNIAH! Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Mohd Izwan
Nabila Huda Kelihatan Anggun Menggayakan Busana Berona Putih...
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Nabila Huda dan juga suami. Semoga perhubungan yang dibina kekal bahagia dan sentiasa dilimpahi rezeki tidak henti-henti. 

TAHNIAH! Nabila Huda Sah Bergelar Isteri Mohd Izwan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.