Sunday, December 20, 2015

TAHNIAH! Hanis Zalikha Sah Hamil, Bakal Timang Cahaya Mata

TAHNIAH! Hanis Zalikha Sah Hamil, Bakal Timang Cahaya Mata

Setelah hampir enam bulan melayari bahtera mendirikan rumah tangga, kini pelakon Hanis Zalikha sah hamil empat bulan. Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha selamat diijabkabulkan dan sah bergelar suami isteri pada 6 Mei yang lalu.

Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan ini kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. 

Berita gembira ini telah dikongsikan menerusi laman Instagram milik Hairul Azreen.

TAHNIAH! Hanis Zalikha Sah Hamil, Bakal Timang Cahaya Mata

Untuk makluman, Hairul Azreen dan isterinya Hanis Zalikha kini berada di Mekah bagi menunaikan umrah dan juga berbulan madu bersama.
“2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha. Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama-sama isteri saya. Dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini, saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan,” jelas Hairul di Instagram.
Apa yang pasti perkara tersebut pastinya mendapat reaksi positif daripada pengikutnya selain dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa daripada mereka.

Semoga segala perjalanan dan juga perancangan pasangan ini akan sentiasa dipermudahkan. 

TAHNIAH! Hanis Zalikha Sah Hamil, Bakal Timang Cahaya Mata Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.