Wednesday, December 30, 2015

TAHNIAH! Hanez Suraya Selamat Lahir Anak Sulung

TAHNIAH! Hanez Suraya Selamat Lahir Anak Sulung

Tahniah diucapkan kepada pelakon Hanez Suraya yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulung bayi perempuan seberat 3.5 kilogram pada jam 9.48 malam tadi. 

Bayi perempuan hasil perkongsian hidup dengan Romie Razin Adilha sejak Mac lalu dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, di sini. 

Perkhabaran tersebut mendapat ucapan tahniah dan juga diiringi doa daripada peminatnya di Instagram.
“Alhamdulillah, saya bersyukur proses bersalin dipermudahkan. Saya selamat bersalin secara normal. Terima kasih kepada suami yang sentiasa berada di sisi sepanjang saya dalam bilik bersalin”.
“Saya tak tahu lagi berapa lama akan berada hospital. Apabila keluar hospital, saya akan berpantang di rumah kami di Shah Alam, ” jelas Hanez.
TAHNIAH! Hanez Suraya Selamat Lahir Anak Sulung 

Semoga kehadiran cahaya mata sulung mereka ini akan menambahkan lagi ikatan kekeluargaan antara mereka!

TAHNIAH! Hanez Suraya Selamat Lahir Anak Sulung Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.