Sunday, December 6, 2015

SubhanaAllah! Inilah Komen Siti Nurhaliza Selepas Dicerca Peminat, Mengejutkan

SubhanaAllah! Inilah Komen Siti Nurhaliza Selepas Dicerca Peminat, Mengejutkan!


Mempunyai zuriat sendiri sememangnya menjadi impian bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun tak semua insan bertuah ! Isu panas mengenai penyanyi popular Siti Nurhaliza yang dikatakan hamil dan mengalami keguguran nyata menarik perhatian ramai terutama peminat.

Walaupun diduga dengan kata-kata negatif namun penyanyi ini membuktikan beliau mempunyai keperibadian yang mulia apabila dilihat tenang dan tidak mudah melatah menghadapi situasi yang berlaku.


Meskipun sedang berduka, Siti tidak melatah walaupun ada peminat yang melemparkan tohmahan mendakwa beliau keguguran kerana kerjayanya sebagai seorang penyanyi adalah haram.

Individu terbabit bagaimanapun tampil membuat permohonan secara terbuka menerusi Twitter kepada Siti Nurhaliza atas keterlanjuran kata.
"Saya meminta maaf dengan apa yang saya telah katakan kepada Siti semalam. Dengan ikhlas saya berharap supaya Allah dapat mengampunkan keterlanjuran saya dan saya berharap Siti sentiasa dirahmati sehingga ke akhir hayatnya," tulis wanita itu di Twitter.
SubhanaAllah! Inilah Komen Siti Nurhaliza Selepas Dicerca Peminat, Mengejutkan!
Permohonan Maaf Wanita Yang Menggunakan Identiti 'imFawziaariff' Melalui Twitternya.
Tidak ramai yang boleh bertahan apabila diuji sebegini apalagi mempunyai peminat yang ramai namun Siti Nurhaliza mempunyai cara tersendiri dengan mengambil pendekatan mendiamkan diri ketika kontroversi mengenai berita kehamilannya menjadi viral di laman sosial.
"Subhanallah...Kak, semua orang ada khilafnya dan Siti juga tidak terkecuali. Sama-sama kita saling memaafkan dan melihat kekurangan diri...Alhamdulillah," jawab Siti.
Sikap profesional dan mulia Siti itu mencerminkan keperibadian beliau sebagai seorang insan yang mulia. Beliau masih mampu tersenyum manis biarpun diduga pelbagai kontroversi. Tidak hairan Siti berada di kedudukan sendiri dalam persada seni tempatan.

SubhanaAllah! Inilah Komen Siti Nurhaliza Selepas Dicerca Peminat, Mengejutkan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.