Wednesday, December 23, 2015

Status Hati Rudaini Kini Ditawan Akhirnya Terjawab!

Status Hati Rudaini Kini Ditawan Akhirnya Terjawab!

Status Rita Rudaini di laman Instagram milikny baru-baru ini nyata mengundang perhatian sehingga menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Dek kerana status itu juga, rata-rata peminat beranggapan pelakon cantik tersebut sudah menemui cinta baharu di samping tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan Rita.


Rita bagaimanapun tampil menjelaskan mengenai status tersebut bukanlah speerti yang disangka malah ia sekadar rasa cinta terhadap produk wangian terbarunya iaitu Adorable.

Tambah Rita, Adorable merupakan minyak wangi miliknya yang dilancarkan di Bazar Lepak baru-baru ini. Beliau dalam pada itu melahirkan rasa terharu kerana ramai peminat yang mendoakan kebahagiaannya.

Status Hati Rudaini Kini Ditawan Akhirnya Terjawab!

Mengenai soal cinta pula, Rita masih dengan pendirian tetapnya untuk tidak menagih cinta dari mana-mana lelaki.
"Segala status itu bukan bermakna diri ini punya buah hati iaitu seseorang lelaki, namun lebih kepada produk baharu itu.
“Sebenarnya, minyak wangi inilah cinta saya. Saya terharu sebenarnya apabila ramai pengikut di laman sosial itu mendoakan kebahagiaan saya sekiranya status itu berkaitan jodoh.
“Namun sehingga kini, hati saya masih tertutup untuk mana-mana lelaki seperti yang pernah saya cakap sebelum ini. Jika benar ada, saya pasti akan umumkannya sendiri, hanya masa yang boleh menentukannya,” katanya.
Status Hati Rudaini Kini Ditawan Akhirnya Terjawab!

Namun Rita tidak menolak dengan segala ketentuan dari Allah dan berharap jodoh yang datang adalah yang terbaik.
“Andai ALLAH tetapkan saya ada jodoh lagi, saya terima ketentuan-Nya. Saya takkan tolak.
“Saya harapkan jodoh yang sampai itu adalah baik dan paling penting dia mesti sayang anak saya lebih daripada dirinya dan saya.
“Namun buat masa sekarang hati saya masih tak terbuka lagi, dan saya selesa dengan kehidupan saya sekarang,” katanya.
Rita turut menafikan yang dirinya takut untuk membina rumah tangga lagi, cuma dia letih untuk berhadapan dengan perkara yang memeningkan kepalanya.

“Saya tidak takut untuk berkahwin lagi, tetapi saya letih untuk berhadapan dengan pihak tertentu dan benda yang peningkan kepala,” katanya.

Apapun didoakan semoga Rita Rudaini terus berjaya dalam kerjaya yang diceburi dan bakal temui pengganti dalam hidup!

Status Hati Rudaini Kini Ditawan Akhirnya Terjawab! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.