Tuesday, December 15, 2015

Siti Nordiana Mohon Maaf Kepada Peminat!

Siti Nordiana Mohon Maaf Kepada Peminat!

Penyanyi Siti Nordiana meminta maaf di atas kegagalan beliau menjawab panggilan telefon dan ucapan tahniah berikutan kemenangannya yang dinobatkan sebagai Juara Gegar Vaganza musin kedua.

Menurut Nana, sepanjang minggu ini, jadual seninya padat dan masih belum sempat untuk berehat setelah mengharungi minggu yang meletihkan demi menjayakan pentas akhir Gegar Vaganza.
“Hari ini dan esok saya perlu menghadiri sesi rakaman beberapa program terbitan Astro. Seharian saya berada di sini untuk menjayakannya. Nak bercakap pasal letih, memang tak terkata. Tak nak mengeluh, takut nanti dikata tak bersyukur.
Selepas diumumkan sebagai Juara Gegar Vaganza musim kedua, Nana memaklumkan telefonnya tidak putus-putus berdering malah beribu-ribu mesej dan panggilan yang diterima .
“Sejak malam tadi, telefon saya tidak berhenti berdering. Beribu-ribu mesej dan panggilan diterima. Hanya boleh menjawab jika berkelapangan. Jadi, minta maaf sangat-sangat kepada ahli keluarga, peminat, rakan media atau sesiapa sahaja yang telah menghubungi tetapi tidak dibalas oleh saya,” katanya hari ini.

Siti Nordiana Mohon Maaf Kepada Peminat!

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru pula Nana menjelaskan, dia juga bakal mengeluarkan single terbaharu dan proses tersebut akan dijalankan dalam tempoh masa terdekat. 

Siti Nordiana Mohon Maaf Kepada Peminat! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.