Monday, December 14, 2015

Siti Nordiana Dinobat Juara Gegar Vaganza 2, Bawa Pulang Habuan Lumayan!

Siti Nordiana Dinobat Juara Gegar Vaganza 2, Bawa Pulang Habuan Lumayan!

Semalam telah berlangsungnya pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim kedua yang diadakan secara langsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Dalam pertandingan semalam, penyanyi Siti Nordiana telah dinobatkan sebagai juara dimana berjaya menewaskan lima peserta lain iaitu Farahdhiya, Nassier Wahab, Haiza, Acong Sweet Child dan Ezad Lazim sekaligus berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, pakej percutian, trofi dan peluang rakaman sebuah single terbaru terbitan Astro.

Siti Nordiana Dinobat Juara Gegar Vaganza 2, Bawa Pulang Habuan Lumayan!

Siti Nordiana memberikan persembahan mantap membawakan lagu Putus Terpaksa, nyanyian asal Ziana Zain dan lagu battle Awak Kat Mana yang dinyanyikan secara duet dengan Acong.

Siti Nordiana dalam pada itu turut memenangi anugerah Persembahan Terbaik pilihan penonton sekaligus melayakkannya untuk menerima wang tunai sebanyak RM5,000.

Sementara itu tempat kedua dimenangi oleh Farahdhiya dengan menerima habuan wang tunai sebanyak RM50,000 manakala Ezad di tempat ketiga dengan ganjaran wang tunai RM30,000.

Tempat keempat dimenangi oleh Nassier yang menerima wang tunai sebanyak RM15,000 dan tempat kelima dimenangi Acong membawa pulang RM10,000.

Walaupun berada di tempat akhir, Haiza tetap membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000.

Kesemua peserta turut menerima trofi masing-masing.

Siti Nordiana Dinobat Juara Gegar Vaganza 2, Bawa Pulang Habuan Lumayan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.