Tuesday, December 29, 2015

Siasat Dahulu Kes Sebelum Buat Sebarang Spekulasi, Jangan Mudah Percaya Isu Viral!

Siasat Dahulu Kes Sebelum Buat Sebarang Spekulasi, Jangan Mudah Percaya Isu Viral!

KUALA LUMPUR - Masyarakat perlu meningkatkan tahap kesedaran mereka untuk menyiasat dan menapis maklumat supaya tidak mudah terpedaya dengan kemunculan sesuatu maklumat yang belum pasti kesahihannya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata,‎ tapisan maklumat adalah penting sebelum ia boleh dipanjangkan kepada pihak ketiga.
"Hari ini, sudah menjadi satu kecenderungan  dalam masyarakat kita untuk memanjangkan atau berkongsi setiap maklumat yang diterima menerusi media sosial seperti Facebook atau Whatsapp, tanpa meyiasat dan meneliti kesahihannya terlebih dahulu," katanya dalam catatan terbaharu blog beliau, sskeruak.blogspot.com, semalam.
Sambil mengambil contoh aplikasi mudah dalam telefon bimbit, beliau berkata, amat mudah bagi seseorang untuk memanjangkan maklumat yang diterima kepada pihak lain, sama ada individu atau kumpulan.
"Bayangkan kalau dalam satu kumpulan itu terdapat 50 orang, maka sepantas itu juga maklumat tersebar kepada 50 orang itu sedangkan belum pasti kebenarannya," katanya.
Salleh berkata, banyak kes tidak sahih tersebar dan menjadi viral sebelum disahkan kebenarannya, dan ia perlu dihentikan kerana boleh mencetuskan kegusaran dan panik dalam masyarakat.
"Kita jangan hanya bergantung kepada satu sumber. Banyak kaedah dan cara tapisan. Antaranya, boleh merujuk sumber atau platform lain sebagai alternatif.
"Contohnya, agensi berita rasmi kerajaan, media arus perdana atau, jika kes berkaitan kemalangan atau jenayah, rujuk kepada agensi keselamatan seperti polis," katanya.
Salleh turut mengingatkan tentang pentingnya setiap maklumat disemak dan ditapis terlebih dahulu sebelum mempercayainya atau membuat apa-apa rumusan.

Sumber Sinar Harian 

Siasat Dahulu Kes Sebelum Buat Sebarang Spekulasi, Jangan Mudah Percaya Isu Viral! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.