Wednesday, December 30, 2015

Shuib Dedah Alami Insiden Buruk Sebelum Bergelar Pemenang #JuaraParodi

Shuib Dedah Alami Insiden Buruk Sebelum Bergelar Pemenang #JuaraParodi

Dalam meraikan kejayaan sebagai pemenang untuk minggu kelapan program #JuaraParodi, kumpulan Selamba Blur yang dianggotai oleh Shuib Sepahtu dan Mark Adam telah melalui insiden buruk ketika melakukan persembahan.

Memparodikan lagu balada berjudul Tak Mungkin Kerana Sayang dendangan asal Datin Alyah, kaki Shuib tercedera ketika melakukan persembahan.
“Sewaktu sesi latihan, saya memang merancang untuk membuat aksi slide sambil bermain gitar di atas pentas. Sebelum kami memulakan persembahan, mereka membersihkan dahulu pentas menggunakan mop.
“Dek kerana lantai yang licin, aksi slide saya menjadi sangat laju dan kaki saya hampir terkena api. Akibatnya, kedua-dua kaki saya melecet.
“Namun begitu, kami amat bersyukur kerana di sebalik kejadian yang menimpa, kami berjaya bergelar juara mingguan untuk minggu kelapan #JuaraParodi,” kata Shuib.
#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap dan bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Shuib Dedah Alami Insiden Buruk Sebelum Bergelar Pemenang #JuaraParodi Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.