Wednesday, December 2, 2015

SAYU! Abang Terkilan Hajat Yus Jambu Tak Tercapai

SAYU! Abang Terkilan Hajat Yus Jambu Tak Tercapai

Berita pemergian Yus ke rahmatullah benar-benar mengemparkan industri hiburan tanah air. 

Yus Jambu atau nama sebenar Yussry Edoo, 39, dilaporkan mengalami sesak nafas di dalam kereta ketika perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjayakan program ‘Raja Band’ di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Yus anak bongsu dari tiga adik beradik merupakan anak yatim piatu dan hanya mempunyai seorang abang yang masih hidup.

Menurut abang kepada Yus, Jaafar Edoo, 53 adik bongsunya itu pernah menyatakan hasrat untuk mrndirikan rumah tangga ketika mereka bertemu 2 minggu lalu semasa pulang ke kampung tersebut namun tidak pernah memberitahu nama gadis tersebut sebaliknya telah mengumpul duit untuk melangsungkan perkahwinannya.
“Selain itu arwah juga pernah merancang untuk membina rumah di kampung ini. Saya rasa terkilan hasratnya itu belum tercapai, bagaimanapun Tuhan lebih menyayanginya,” kata Jaafar ketika ditemui di pekarangan Masjid Nurul Iman.
Tambah Jaafar, adiknya itu tidak pernah melupakan kampung halamannya malah sering tidur di rumah saudara mara termasuk rumah rakan-rakan sekampungnya apabila pulang.
“Yus selalu membantu saya malah jika saudara mara lain dalam kesusahan dialah yang banyak membantu,” katanya lagi.

SAYU! Abang Terkilan Hajat Yus Jambu Tak Tercapai Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.