Monday, December 14, 2015

Saya Percayakan Suami Saya - Almy Nadia

"Saya Percayakan Suami Saya."! - Almy Nadia

Bukan kecil kontroversi yang melanda pasangan suami isteri ini. Terdahulu suami kepada Almy Nadia iaitu Fizz Fairuz pernah mencetuskan kontorversi panas apabila dituduh bermain kayu tiga. Rentetan itu ia menjadi bualan hangat di media sosial. 

Hati isteri mana yang tidak meruntun apabila mendengar berita tentang kecurangan suami namun melihat cara Almy Nadia mengawal apa yang berlaku menunjukkan dia adalah seorang isteri yang memiliki tahap kesabaran yang cukup tinggi.

Dalam alam rumah tangga kepercayaan amatlah penting bagi mengekalkan sesebuah ikatan yang dibina begitu juga bagi Almy. Pendekatan yang diambil oleh Almy dengan meletakkan kepercayaan kepada suaminya terlebih dahulu tanpa mendengar sebarang percakapan dari orang luar wajar dicontohi. Harus diingatkan tidak semua mampu buat hal ini! 
"Orang tengok saya sabar, sebenarnya apa yang berlaku saya cuba untuk tidak mendengar kata orang. Sebab orang akan bercakap macam-macam, tetapi bila kita berada dalam kesusahan, mereka tidak akan berada di situ yang akhirnya kita sahaja yang akan hadap.
"Sebab itu saya tidak mahu dengar kata-kata orang, selain kata suami. Kita kenal suami kita macam mana. Kenapa saya perlu meletakkan rumah tangga dalam keadaan goyah sebab orang lain juga?.
"Saya Percayakan Suami Saya."! - Almy Nadia

Menurut Almy walaupun terkilan dengan keadaan yang berlaku namun beliau memilih untuk mempercayai suaminya dan cuba sedaya upaya mengawal perasaan di dalam hati menghadapi situasi yang berlaku. 
"Kalau ikut rasa hati, semuanya juga akan kucar-kacir. Tetapi saya kekal dengan prinsip untuk menimbang perkara ini dengan perasaan paling tenang. Saya tidak mahu terus melayan perkara yang tidak menguntungkan kami. Kalau mahu teruskan menjadikan perkara ini panjang dan terus bermasalah, memang boleh buat, tetapi saya fikirkan soal maruah orang lain.
"Normal sebenarnya sebagai isteri kita akan sakit hati kalau perkara sebegini timbul. Malah sewaktu berbincang dengan suami juga, sukar mahu digambarkan keadaan saya ketika itu. Sebab itu kalau boleh para isteri di luar sana, percayakan suami dahulu bukan orang luar. Dan saya, saya sepenuhnya percaya bahawa suami sendiri.
Bukan semua wanita mampu untuk menghadapi perkara seperti ini dengan tenang. Kami percaya Almy sudah banyak belajar daripada pengalaman sewaktu beliau bercinta dengan Fizz dahulu dan ia membuatkan beliau lebih matang dalam membuat sesuatu keputusan. Dugaan  dalam berumah tangga itu banyak apatalah lagi jika bergelar artis.

Saya Percayakan Suami Saya - Almy Nadia Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.