Wednesday, December 23, 2015

Saya Akan Buat Rayuan - Sazali Samad

Saya Akan Buat Rayuan - Sazali Samad

Berita yang menggemparkan apabila atlet bina badan iaitu Sazali Samad digantung selama empat tahu.


Empat tahun bukan satu tempoh yang sebentar. Sazali Samad bagaimanapun akan membuat rayuan kepada pihak yang bertanggungjawab.
"SAYA akan buat rayuan," demikian tegas jaguh bina badan negara, Sazali Samad yang digantung selama empat tahun oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) selepas gagal dalam ujian doping pada 1 September lalu.
Sazali berkata, dia akan mengemukakan rayuan kepada pihak yang bertanggungjawab walaupun fikirannya masih bercelaru berhubung konflik itu.
"Kepala tengah serabut sekarang... tapi saya akan buat rayuan,". Kata Sazali Samad.
Kelmarin, PBBM menggantung ikon bina badan negara itu selama empat tahun selepas didapati gagal dalam ujian doping yang dijalankan Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) pada 1 September lalu.

Hukuman itu berkuat kuasa 22 September lalu, iaitu tarikh keputusan ujian berkenaan.

Saya Akan Buat Rayuan - Sazali Samad Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.