Monday, December 14, 2015

Rita Rudaini Kini Dilamun Cinta, Bakal Tamatkan Zaman Solo?

Rita Rudaini Kini Dilamun Cinta, Bakal Tamatkan Zaman Solo?

Bergelar seorang ibu tunggal bukanlah tanggungjawab yang mudah untuk dipikul tambah lagi tiada suami disisi. Namun ia bukanlah penghalang buat pelakon Rita Rudaini untuk membesarkan anaknya yang kini berusia 6 tahun.

Terdahulu beliau pernah mencetuskan kontroversi panas apabila kemelut rumah tangganya dengan bekas suaminya iaitu Aidil Zafuan yang bagaikan tiada noktah titik pengakhiran.

Dua kali rumah tangga yang dibina bersama insan tersayang berakhir tanpa penamat yang indah. Dan kerana itu beliau nekad untuk tidak berkahwin lagi.

Bagi Rita, soal kahwin bukan lagi keutamaan. Sebaliknya, Rita mahu membesarkan anak dengan menyara hidup hasil daripada kegiatan seninya.

Namun itu dahulu. Sedangkan pasir di pantai boleh berubah inikan pula hati manusia yang sentiasa berubah dengan pendirian berbeza.

Melihat perkongsiannya menerusi laman Instagram miliknya sejak minggu lalu, seolah memberi petanda bahawa prinsip yang dipegang sebelum ini enggan menagih cinta sudah mulai berubah!

Rita dilihat sedikit demi sedikit terbuka untuk berkongsi kisah di sebalik kamar hati yang bagaikan sudah mula diketuk orang. Bagaimanapun, identiti jejaka terbabit masih menjadi tanda-tanya.

Rita, ketika diusik BH Online mengenai kemungkinan bakal menamatkan zaman solo tak lama lagi, hanya memberi senyuman penuh makna malah memaklumkan bakal mendedahkan bila tiba masa yang sesuai.
"Sampai waktunya, saya akan bercerita," katanya.
Sementara itu, semakan pada laman Instagram pelakon jelita ini memperlihatkan wanita ini bagai sedang asyik dibuai cinta. Keterangan gambar seperti 'Kamu yang ku tunggu'; 'Cinta datang dengan senyuman'; 'Perkara yang terbaik berlaku tanpa diduga' dan 'Saya tak berniat untuk jatuh cinta lagi tetapi kamu memudahkan semuanya' yang dilengkapi foto cukup membayangkan emosi yang dilalui Rita ketika ini.

Rita Rudaini Kini Dilamun Cinta, Bakal Tamatkan Zaman Solo?

Rita Rudaini Kini Dilamun Cinta, Bakal Tamatkan Zaman Solo?

Rita Rudaini Kini Dilamun Cinta, Bakal Tamatkan Zaman Solo?

Rita Rudaini Kini Dilamun Cinta, Bakal Tamatkan Zaman Solo? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.