Thursday, December 3, 2015

Riak Di Laman Sosial, Gadis Berang Ditegur Followers!

Riak Di Laman Sosial, Gadis Berang Ditegur Followers!

Tidak semua insan bernasib baik seperti kita, tindakan gadis ini yang terlalu mempamerkan apa yang dimiliki di laman sosial adalah tidak wajar dilakukan. Jika difikirkan tindakannya itu boleh mengundang padah dan membahayakan nyawa  sendiri.

Ekoran kerana terlalu kerap menunjukkan kemewahan, seorang gadis telah ditegur secara terbuka oleh seorang pengguna laman Instagram. Sekaligus menyebabkan gadis itu berang dan membidas balik teguran itu dengan tidak berhemah.

Tindakan Afiqah Roslann yang memuat naik gambar tangan memegang purse dengan wang kertas disusun seperti kipas dengan caption "Shopping time !" menarik perhatian Idinosman dan beliau memberikan komen "Riak". 

Riak Di Laman Sosial, Gadis Berang Ditegur Followers!
"Kalau riak pun kenapa? Jadi masalah buat anda?" kata Afiqah yang terkesan dengan teguran lelaki itu. 
Bagaikan umpan sudah mengena, Idinosman dengan pantas membalas pertanyaan gadis berkenaan. 
"Tidak menjadi masalah apa-apa untuk saya. Saja cakap ini pandangan seseorang iaitu saya terhadap gambar ini. Bersepah saja manusia yang tidak ada kesempatan nak mempunyai duit sebanyak ini. Mungkin boleh menimbulkan hasad dengki pada orang lain.
Riak Di Laman Sosial, Gadis Berang Ditegur Followers!

"Jika anda sengaja bertujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk ketika selfie atau menunjukkan kemewahan atau mengambil gambar pose hipster makanan mahal-mahal, itu hal anda dengan Allah. Dengan saya okay saja. Cuma takut anda timbul riak. Sebab riak ini satu penyakit hati tau. Sama-samalah bermuhasabah diri. 
"Adakah kita ini ikhlas atau nak tunjuk pada orang saja? Saya bukan ustaz keyboard warrior atau ustaz online. Cuma ternampak gambar ini di explore. Saya ini lagilah banyak dosa. Maaf sebab menegur. Nak delete comment ini nanti pun boleh," katanya. 
Riak Di Laman Sosial, Gadis Berang Ditegur Followers!


Penjelasan panjang lebar itu membuatkan pemilik akaun Instagram itu tidak senang duduk dan menyarankan agar lelaki itu menyekat Instagramnya jika dia tidak senang melihat gambar berkenaan.

Bagaimanapun, sekali lagi Idinosman memberikan kenyataan yang pasti membuatkan gadis itu bertambah berang. 
"Saya rasa sangat senang dan tenang. Awak macam tak senang dan tak tenang saja dengan comment saya. Sudah tentu awak boleh block saya ya. Maaf," katanya.

Riak Di Laman Sosial, Gadis Berang Ditegur Followers! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.