Monday, December 7, 2015

Realiti! Inilah Suasana Paling Menyampah Nak Kena Hadap Bila Tiba Musim Kenduri

Realiti! Inilah Suasana Paling Menyampah Nak Kena Hadap Bila Tiba Musim Majlis Kahwin

Okay musim kahwin datang lagi, maklumlah kan sekarang ni musim cuti sekolah, jadi undangan untuk ke kenduri kahwin tu kadang-kadang penuh tak cukup tangan. Mana nak kejar pergi majlis tu, pergi majlis ni kan.

Tapi sebab orang tua selalu cakap kalau kita tak pergi majlis dorang, dorang pun takkan datang majlis kita nanti, so nak tak nak terpaksa la langkahkan kaki juga pergi kan? Hmmm...

Namun, apa yang diperkatakan oleh Arif Sukri ni ada benarnya apabila rata-rata tuan rumah terpaksa senyum kelat apabila berhadapan dengan tetamu macamni.

Musim kenduri datang lagi. Paling menyampah bila kenduri ada orang yang;

1. Mengumpat pengantin. Lelaki dia tak sesuai dengan isterilah, isteri dia muda sangatlah, suami dia gelap, isteri gemuk, tak sama darjat, berbeza negerilah. Akak segak sangat ea?

2. Lekehkan makanan yang terhidang. Lauk ni tak sedap, kedekut lauk. Makanan sampingan tak ada. Nak apam balik, mee rebus, ais krim, char kuetiaw. Makcik nak aneka juadah, gi pasar malam lah. Banyak di sana.

3. Hina bilik pengantin. Pakai tirai lama, bilik tak cat baru, cadar tak matching dengan dinding. Siapa nak tidur di bilik tu sebenarnya, makcik ke pengantin?

Realiti! Inilah Suasana Paling Menyampah Nak Kena Hadap Bila Tiba Musim Majlis Kahwin
Gambar Hiasan...

4. Tak bersyukur bila dapat buah tangan. Rumah besar kenapa dapat bunga telur je? Ceh, coklat 20 sen, kain tuala..surah yasin.
Haa, elok dia bagi surah yasin. Mudah-mudah makcik mati nanti senang anak-anak nak bacakan.

5. Kenduri suram. Tak ada DJ radio, kompang, karaoke…pelamin. Orang mukmin tak harap sambutan begini.

6. Orang dah jemput gi kenduri dia tak mari. Bila orang tak panggil itu pula yang dia nak pergi.

7. Dah makan tapi nak bungkus bawa balik rumah. Adalah benda dia nak minta bungkus. Daging, gearbox, acar, bubur, laksa…Majlis tak habis lagi dia dah sibuk usung plastik. Eh…

Kenduri sepatutnya jadi suatu majlis yang eratkan silaturrahim, bukannya majlis mengumpat dan keramaian dosa. Tuan rumah sudah berusaha melaksanakan yang terbaik, kita sebagai tetamu jagalah adab dan etika. Semua tak kena macam kita sahaja yang sempurna.

Kalau niat anda ke majlis walimah hanya untuk mengkritik dan mengumpat tuan rumah..batalkan niat. Takut orang di sana makan daging lembu dan ayam. Awak makan daging sedara sendiri.

Realiti! Inilah Suasana Paling Menyampah Nak Kena Hadap Bila Tiba Musim Kenduri Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.