Tuesday, December 22, 2015

Punca Atlet Bina Badan Sazali Samad Digantung Empat Tahun Terbongkar!

Punca Atlet Bina Badan Sazali Samad Digantung Empat Tahun Terbongkar!

KUALA LUMPUR – Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) memutuskan untuk menggantung Sazali Samad selama empat tahun berkuat kuasa 22 September lalu susulan kegagalan ujian doping.

Hukuman berkenaan selaras dengan peraturan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) yang menetapkan hukuman empat tahun sekiranya mana-mana atlet didapati gagal ujian doping.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Presiden PBBM, Datuk Dr. Ahmad Badrus Othman selepas mesyuarat exco persatuan tersebut di sini pada Isnin.

Jelas beliau, ujian yang dijalankan mendapati terdapat bahan terlarang Kelas S1 seperti yang termaktub dalam senarai bahan terlarang WADA 2016.

Ujian berkenaan dijalankan pada 1 September untuk semua atlet negara yang dijadualkan bertanding ke Kejohanan Bina Badan Asia di Uzbekistan.

Sumber Harian Metro 

Punca Atlet Bina Badan Sazali Samad Digantung Empat Tahun Terbongkar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.