Tuesday, December 22, 2015

Pengakuan Mengejutkan Fathia Berhubung Kisah Percintaan Dengan Aiman - PANAS!

Pengakuan Mengejutkan Fathia Berhubung Kisah Percintaan Dengan Aiman - PANAS!

Sedia maklum kisah percintaan antara pelakon Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza sudah diketahui umum. Malah kedua pasangan bak merpati dua sejoli ini membuat perancangan untuk mendirikan ruamh tangga namun sehingga kini tiada tanda-tanda untuk ke arah itu.

Apa yang pasti ramai peminat yang teruja ingin melihat mereka disatukan dalam ikatan yang sah! Setelah sekian lama menjalinkan hubungan cinta, pelakon Fathia Latiff akhirnya tampil dengan pengakuan benar-benar mengejutkan ramai.

Pelakon Fathia Latiff, 28, mengesahkan hubungan cintanya dengan Aiman Hakim Ridza, 26, sudah berakhir dua minggu lalu.

Biarpun mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat, aktres itu menjelaskan dia reda dengan ketentuan Tuhan.
"Biasalah, kita hanya merancang namun segala-galanya ditentukan oleh Allah. Hubungan kami sudah berakhir sejak dua minggu lalu kerana tiada lagi persefahaman. 
Pengakuan Mengejutkan Fathia Berhubung Kisah Percintaan Dengan Aiman - PANAS!

Setiap pasangan inginkan perhubungan itu berkahir dengan ikatan perkahwinan begitu juga bagi Fathia. Beliau cuba menjernihkan keadaan dan memperbaiki kekurangan masing-masing namun terpaksa akur dengan takdir jodohnya dengan Aiman tidak panjang.
"Kami pernah berpisah sebelum ini dan cuba untuk menjernihkan keadaan serta memperbaiki kekurangan masing-masing, namun sudah tertulis jodoh kami tidak panjang. 
"Semestinya saya inginkan sebuah hubungan yang berakhir dengan ikatan perkahwinan. Begitupun saya reda andai ini takdir kami," katanya
Fathia dalam pada itu enggan memanjangkan lagi episod kisah cintanya dan mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.

Fathia juga memilih untuk memberi fokus kepada kerjaya seni dan menjelaskan dia sesekali tidak akan bermusuh dengan bekas kekasihnya itu.
"Saya sendiri tidak mahu orang jelak dengan kisah cinta kami yang tidak berkesudahan. Cukuplah, itu saja yang boleh saya kongsi buat masa ini. "Lagipun perihal jodoh berada di luar bidang kuasa kita. 
"Namun, kami tetap bersikap profesional dan tidak bermusuh," kata Fathia yang menjadi kekasih kepada artis lelaki berkenaan selama tiga tahun.

Pengakuan Mengejutkan Fathia Berhubung Kisah Percintaan Dengan Aiman - PANAS! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.