Tuesday, December 22, 2015

Pengakuan Mengejutkan! Adira Sahkan Kini Jadi Isteri Muda Ahli VVIP

Pengakuan Mengejutkan! Adira Sahkan Kini Jadi Isteri Muda Ahli VVIP

Berita mengenai perkahwinan Adira bersama seorang ahli perniagaan telah tersebar sejak minggu lalu setelah perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri pertama Datuk tersebut menerusi akaun Facebooknya.

Tidak mahu terus bersembunyi daripada status sebenar, penyanyi Adira AF mengesahkan bahawa dia kini menjadi isteri kedua kepada Datuk Seri selepas berkahwin dengan lelaki itu kira-kira tiga minggu yang lalu.
"Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak," kata Adira.
“Perincian berkenaan majlis kami, saya tak mahu kongsi kerana lebih baik pihak lelaki yang memaklumkan perkara itu,” jelasnya. 
Adira sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin yang dilaporkan putus Jun lalu.

Pengakuan Mengejutkan! Adira Sahkan Kini Jadi Isteri Muda Ahli VVIP Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.