Thursday, December 3, 2015

PANAS! Tindakan Dikritik Ramai, Peminat Gesa Fazura Mohon Maaf

PANAS! Tindakan Dikritik Ramai, Peminat Gesa Fazura Mohon Maaf

Sering kali dilanda kontroversi hangat, semalam kecoh pula di media sosial dengan tindakan pelakon tanah air Nur Fazura yang mengkritik peminatnya menerusi laman Instagram miliknya. Semuanya hanya disebabkan salah sangka.

Tindakan Fazura mengecam seorang peminat dilaman Instagram yang meninggalkan komen mengundang kritikan pengguna media sosial hingga menjadi topik perbualan utama di laman sosial Twitter.

Difahamkan seorang peminat telah meninggalkan komen pada sekeping gambar Fazura bersama rakannya yang dimuat naik oleh pelakon itu di Instagram.

PANAS! Tindakan Dikritik Ramai, Peminat Gesa Fazura Mohon Maaf

Komen yang ditinggalkan oleh peminat itu terpapar ayat “Mcm kimK yang depan itu", namun perkataan “kimK” itu telah disalah erti oleh Fazura sebagai bahasa kesat.

Namun kerana tersalah sangka, Fazura telah memuat naik semula gambar komen peminatnya itu sambil mengutuk tindakan wanita tersebut dengan hashtag #SayaBenciHipokrit.

PANAS! Tindakan Dikritik Ramai, Peminat Gesa Fazura Mohon Maaf

Akibat salah faham itu, pengguna media sosial menyarankan supaya Fazura memohon maaf kepada peminat tersebut susulan tindakannya yang memalukan peminat itu di khalayak ramai.

PANAS! Tindakan Dikritik Ramai, Peminat Gesa Fazura Mohon Maaf

PANAS! Tindakan Dikritik Ramai, Peminat Gesa Fazura Mohon Maaf

Walaubagaimanapun sehingga kini pelakon itu tidak tampil mengeluarkan kenyataan memohon maaf sebaliknya beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan perkataan ringkas dalam perbualan media sosial kerana ia boleh mengundang masalah sesama pengguna.

PANAS! Tindakan Dikritik Ramai, Peminat Gesa Fazura Mohon Maaf

Hmmm, pening lah! Apapun diharapkan Fazura tampil memohon maaf agar isu ini tidak terus berlanjutan! 

PANAS! Tindakan Dikritik Ramai, Peminat Gesa Fazura Mohon Maaf Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.