Wednesday, December 9, 2015

PANAS! Najib Bidas Kenyataan Dr M Dan Bekas TPM Lantang Mengkritik

PANAS! Najib Bidas Kenyataan Dr M Dan Bekas TPM Lantang Mengkritik

Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Selasa membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang mengkritik kepimpinan beliau.

Presiden Umno itu berkata beliau terguris dengan kenyataan yang dibuat kedua-dua pemimpin itu pada malam Isnin yang menyerangnya berhubung isu 1MDB dan wang derma bernilai RM2.6 bilion.
"Saya marah, darah saya menyirap tetapi saya tetap tenang.
"Saya menghormati Tun Mahathir tetapi jangan bertindak melampaui batas. Jangan suka hati buat tuduhan," katanya merujuk kenyataan yang dibuat Dr Mahathir dan Muhyiddin di Kelab Sultan Sulaiman pada malam Isnin.
Najib menjelaskan kepada perwakilan yang hadir pada talimat tertutup itu berserta fakta dan angka menerusi persembahan berbentuk Power Point untuk menangkis dakwaan tersebut.

Muhyiddin bagaimanapun tidak hadir pada taklimat tersebut, meninggalkan kerusi yang disediakan untuk Timbalan Presiden Umno kosong.

Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula mengotakan kata-katanya untuk hadir apabila beliau dilihat memasuki Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 8.15 malam.

Beliau tiba dan masuk ke dewan bersendirian tanpa diiringi sesiapa dan terus menaiki pentas di mana kerusi untuk pimpinan tertinggi Umno masih kosong.

Terdahulu, Najib turut mengakui bahawa beliau terguris hati dengan tindakan Dr Mahathir yang banyak melakukan serangan peribadi terhadapnya. 


Najib berkata, beliau sebenarnya boleh menerima pendapat dan teguran bekas perdana menteri itu berkaitan dasar dan pentadbirannya.
"Tetapi dia (Tun Dr Mahathir) telah keluarkan pendapat-pendapat yang terlalu personal (peribadi)...," katanya.
Sumber Mstar Online 

PANAS! Najib Bidas Kenyataan Dr M Dan Bekas TPM Lantang Mengkritik Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.