Monday, December 28, 2015

PANAS! Dato Vida CABAR Produksi TV3 Hasilkan AJL30 Lebih Meriah

PANAS! Dato Vida CABAR Produksi TV3 Hasilkan AJL30 Lebih Meriah

Penaja utama dan pemilik Qu Puteh Datuk Seri Vida cabar produksi TV3 hasilkan AJL30 lebih luar biasa dan meriah.

Beliau inginkan kelainan dan tidak mahu acara berprestij itu dianjurkan seperti tahun-tahun sebelumnya.
"AJL dah masuk 3 dekad, saya yakin dengan kreativiti produksi TV3 hasilkan sesuatu idea yang menarik agar persembahan kali ini lebih fenomena dan menjadi viral.
"Saya dulu menonton AJL masa kecil-kecil menumpang di rumah orang sebab saya dari keluarga yang susah.
"Jadi selaku penaja dan wakil suara-suara penonton dari kalangan orang yang biasa, saya nak sangat AJL kali ini lebih unik dan menarik," katanya.

PANAS! Dato Vida CABAR Produksi TV3 Hasilkan AJL30 Lebih Meriah

Datuk Seri Vida yang ditemui media ketika majlis pengundian persembahan finalis AJL30 di Damansara baru-baru ini turut ditanya, siapakah finalis yang beliau minati.

Dengan selamba menjawab, beliau meminati Dayang Nurfaizah.
"Finalis lain saya minat juga, tetapi Dayang saya suka lelunakan vokalnya dan cara nyanyiannya yang tersendiri.
"Apa-apa pun saya ingin ucapkan selamat maju jaya kepada semua finalis, diharapkan di malam kemuncak itu nanti mereka dapat lakukan yang terbaik buat semua," ujarnya mengakhiri bicara.

PANAS! Dato Vida CABAR Produksi TV3 Hasilkan AJL30 Lebih Meriah Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.