Thursday, December 17, 2015

NGERI! Tindakan Penerjun Berani Mati Berakhir Dengan Tragedi

NGERI! Tindakan Penerjun Berani Mati Berakhir Dengan Tragedi

HAWAII - AMERIKA SYARIKAT . Siapa sangka hajat seorang pemuda 'berani mati' yang terjun dengan bergaya di sebuah air terjun berakhir dengan tragedi.

Malangnya tindakan pemuda itu membawa padah kepada diri sendiri apabila 14 tulang rusuknya ptah disamping mengalami kecederaan di kepala.

Menurut Metro UK, Shane Brown, 24 bernasib baik kerana masih hidup setelah jatuh terhempas ke sebuah batu.

Menurut Shane, dia cuba terjun dengan 'triple backflip' dan 'back somersault' namun gagal setelah badannya terkena kayu sebelum jatuh terhempas.

Shane dalam pada itu melahirkan rasa syukur apabila Doktor memaklumkan beliau bernasib baik kerana tidak mengalami lumpuh.
"Doktor kata saya bernasib baik kerana tidak lumpuh, dan saya betul-betul bersyukur," kata Shane kepada Metro UK.
Shane juga berterima kasih kepada kawan-kawannya yang datang menolong walaupun bertindak lambat.
"Bila mahu terjun dari terbing (air terjun) anda tak boleh terus terjun kerana mungkin mendarat di atas kepala atau badan orang lain.
"Jika anda buat juga (untuk menyelamatkannya) anda mungkin akan cedera parah seperti saya," jelas Shane.
Doktor memberitahu bahawa kecederaannya mengambil masa yang panjang untuk sembuh dan Shane kini terpaksa menjalani rawatan terapi secara intensif.

NGERI! Tindakan Penerjun Berani Mati Berakhir Dengan Tragedi Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.