
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Nad Zainal. Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 25, sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan rakan artis seperti Azwan Kombos dan Hefny Sahad. Walaupun pernah gagal dalam bercinta namun ia tidak menjadi penghalang buat Nad untuk mencari pengganti.
Bahkan Nad menerusi laman Instagram miliknya berkongsi berita gembira bakal menamtkan zaman bujang pada pertengahan Disember ini bersama tunangnya Muhammad Faliq Amirudin.
“Assalamualaikum, Ya benarlah khabar yang didengar? dan kepada sesiapa yang mengenali secara peribadi atau tidak.
“Jika saya pernah terguris atau menyakiti hati saya minta maaf dan saya berharap doa yang baik-baik sempena majlis yang bakal menjelang. Saya dan tunang bakal menamatkan zmn bujang pertengahan disember.
“Doakan yang terbaik. Terima kasih utk segala kritikan, sokongan selama ini. Terima kasih sekali lagi”.

Bakal suami Nad dikatakan seorang krew produksi belakang tabir yang dikenalinya ketika sama-sama menuntut di Universiti P. Ramlee (dahulu dikenali sebagai Aswara).
0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.