Monday, December 28, 2015

Nabila Huda Kongsi Rahsia Pikat Hati Bakal Suami, Rugi Tak Cuba!!

Nabila Huda Kongsi Rahsia Pikat Hati Bakal Suami, Rugi Tak Cuba!!

Setiap daripada pasangan yang mendirikan rumah tangga mengimpikan sebuah perkahwinan yang dibina itu kekal hingga ke kahir hayat namun siapa sangka langit tak selalunya cerah. Terkadang apa yang kita impikan itu tidak semuanya akan tercapai. 

Walaupun pernah gagal dalam perkahwinan pertama ia tidak mematahkan semangat bagi pelakon Nabila Huda untuk mencari teman hidup. Malah beliau tidak menyesali kerana menerusi perkahwinan pertama itu, dia dikurniakan puteri comel, Keisha Laila yang sentiasa menyinari kehidupannya.

Mengambil pengajaran dari pengalaman lalu dan bersikap lebih matang dalam perkahwinan terbaharu, harapan Nabila, biarlah perkahwinan kedua ini perkahwinan terakhir dalam hidupnya.

Berkongsi detik percintaannya dengan Mohd Izwan, pasangan ini berkenalan sejak dua tahun yang lalu menerusi teman yang juga bekas pengurus Nabila Huda.

Nabila Huda Kongsi Rahsia Pikat Hati Bakal Suami, Rugi Tak Cuba!!

Bagaimanapun ketika detik awal perkenalan, Izwan tidak menunjukkan tanda untuk menjalinkan hubungan cinta.

Tambah Nabila, sikap peribadi Izwan yang berbeza dari lelaki lain telah menarik minatnya untuk memulakan langkah dalam perhubungan yang lebih serius.
"Sikap dia (Izwan) memang berbeza dengan lelaki lain saya kenal. Dia orang pertama berjaya membuatkan saya mendengar semua nasihat daripada dia dan berjaya melembutkan saya.
"Kerana ingin memikat hatinya, saya sanggup menelefon ibu Izwan untuk minta resipi dan saya pikat dia melalui masakan.
"Dia sukar meluahkan perasaan, namun ungkapan I Love You cukup bermakna buat diri saya," katanya ketika ditemui selepas majlis pernikahannya di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. 
Respect dekat Nabila ni, langkah yang diambil tu betul. Pikat hati bakal suami dengan masakan. Apapun semoga perkahwinan yang dibina ini berkekalan hingga akhir hayat!

Nabila Huda Kongsi Rahsia Pikat Hati Bakal Suami, Rugi Tak Cuba!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.