Monday, December 14, 2015

MELETOP! Senarai Artis Kekal Cantik Walaupun Usia 40 Tahun

MELETOP! Senarai Artis Kekal Cantik Walaupun Usia Cecah 40 Tahun

Memiliki rupa paras yang cantik sememangnya menjadi idaman bagi setiap wanita namun untuk mengekalkan kecantikan bukanlah sesuatu yang mudah dikala usia yang semakin meningkat. 

Dalam perkembangan teknologi kini yang semakin canggih disamping pelbagai produk kecantikan yang dikeluarkan tidak dapat dinafikan ramai yang mengambil produk tersebut bagi mengekalkan kecantikan.

Walaupun dilihat usia yang kini mencecah 40, selebriti Malaysia dilihat tetap tampak cantik di mata umum. Buktinya mereka berjaya mengekalkan kecantikan dan keanggunan masing-masing. 

Berikut merupakan selebriti tempatan yang berjaya mengekalkan kecantikan dan keanggunan meskipun usia mencecah 40 tahun.

1. Sheila Majid

MELETOP! Senarai Artis Kekal Cantik Walaupun Usia Cecah 40 Tahun

Datuk Sheila Majid atau Shaheila Abdul Majid dilahirkan 3 Januari 1965 dan berketurunan Mandailing-Jawa. Terkenal dengan single Sinaran, penyanyi popular ini masih kekal cantik walaupun dikurniakan empat cahayamata.

2. Ella

MELETOP! Senarai Artis Kekal Cantik Walaupun Usia Cecah 40 Tahun

Meskipun usia kini mencecah 49 tahun, Ella atau Nor Zila Aminuddin masih mengekalkan kecantikan dan kemerduan suaranya. Sehingga kini, Ella masih berjaya mengekalkan gelaran Ratu Rock Malaysia yang dimilikinya sejak tahun 1987.

3. Ziana Zain

MELETOP! Senarai Artis Kekal Cantik Walaupun Usia Cecah 40 Tahun

Siti Roziana Zain atau lebih dikenali sebagai Ziana Zain lahir pada 2 Mei 1968 dan berusia 47 tahun. Ziana bangkit sebagai bintang yang sentiasa cantik, sensasi dan dijulang sebagai salah seorang diva pop yang paling berjaya di Asia Tenggara.

4. Noralbaniah

MELETOP! Senarai Artis Kekal Cantik Walaupun Usia Cecah 40 Tahun

Nor Albaniah Raffie adalah pelakon wanita kelahiran 1970 dari Perak dan kini berusia 45 tahun. Meskipun umurnya menghampiri ke angka 50, pelakon yang pernah popular menerusi kaca televisyen ini masih bijak mengekalkan kecantikan dan pemakaiannya.

5. Fauziah Latif

MELETOP! Senarai Artis Kekal Cantik Walaupun Usia Cecah 40 Tahun

Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff atau juga dikenali sebagi Gee merupakan salah seorang penyanyi di Malaysia dan kini berusia 45 tahun. Meskipun nyanyiannya jarang kedengaran di corong radio, Gee masih tampil cantik dan menawan di setiap majlis yang dihadiri.

6. Maria Fareeda

MELETOP! Senarai Artis Kekal Cantik Walaupun Usia Cecah 40 Tahun

Kecantikan aktress berusia 45 tahun ini seolah-olah tidak pernah pudar. Meskipun aktif bergiat dalam bidang lakonan sehingga kini.

7. Amy Mastura

MELETOP! Senarai Artis Kekal Cantik Walaupun Usia Cecah 40 Tahun

Amy Mastura Suhaimi  atau Amy Mastura lahir pada 10 Mei 1971 dan berusia 44 tahun. Wajahnya yang cukup manis bertambah cantik setelah aktres ini tampil dengan imej bertudung.

8. Rozita Che Wan

MELETOP! Senarai Artis Kekal Cantik Walaupun Usia Cecah 40 Tahun

Usia tidak menghalang Rozita Che Wan atau Rozita Abu Bakar daripada menjaga penampilan dan gayanya. Meskipun bergelar ibu dan isteri kepada keluarganya, Rozita masih mampu memberikan komited dalam bidang hiburan.

9. Jasmin Hamid

MELETOP! Senarai Artis Kekal Cantik Walaupun Usia Cecah 40 Tahun

Jasmin Hamid atau nama penuhnya Jasmiah Abdul Hamid merupakan aktres komedi popular Malaysia yang mencipta nama pada era 1990an. Jasmin yang kini berusia 43 tahun masih aktif berlakon dalam banyak drama-drama komedi di negara ini.

10. Vanida Imran

MELETOP! Senarai Artis Kekal Cantik Walaupun Usia Cecah 40 Tahun

Vanidah Amran atau lebih dikenali sebagai Vanida Imran ialah seorang pelakon dan pengacara di negara ini. Isteri kepada Rashidi Ishak ini masih tampil dengan gaya memukau meskipun usianya mencecah 42 tahun.

MELETOP! Senarai Artis Kekal Cantik Walaupun Usia 40 Tahun Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.