Thursday, December 31, 2015

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Kisah kontroversi dan perceraian dalam dunia hiburan bukan sesuatu yang asing malah ia bagai tidak dapat dipisahkan. Tahun 2015 menyaksikan pelbagai kontroversi panas melibatkan artis tempatan.

Kisah perceraian di kalangan artis bagaimanapun menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu. Moga-moga tiada selebriti ke mahkamah pada tahun 2016!

Berikut adalah himpunan beberapa kisah perceraian dan kontroversi yang menjadi perhatian sepanjang 2015.

JANUARI

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Riezman Khuzaimi & Kartina Ayoob

Pelakon terkenal era 90-an Riezman Khuzaimi sah bercerai dengan isterinya, Kartina Ayoob di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 13 Januari 2015. Riezman ketika memberitahu mahkamah keputusan untuk bercerai itu dibuat selepas tiada persefahaman di antara mereka berdua. Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mendengar kes itu membenarkan permohonan tersebut dan Riezman melafazkan talak satu terhadap Kartina dalam keadaan sebak.

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Diana Rafar & Zamarul Hisham

Tiada angin, tiada ribut rumah tangga pasangan Diana Rafar dan Zamarul Hisham tiba-tiba menjadi perhatian apabila mereka mengakui sudah bercerai pada 24 Januari. Tidak menyatakan sebab tertentu membawa kepada perceraian itu bagaimanapun cinta di antara mereka masih kuat sehingga mengambil keputusan kembali rujuk pada 14 Febuari lalu.

FEBUARI 

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Datuk Eizlan Yusof & Vie Santie

Pelakon Datuk Eizlan Yusof dan isterinya, Datin Vie Santie Harun sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pada 16 Febuari lalu. Lafaz talak yang dibuat Eizla pada 28 September tahun lalu diputuskan oleh Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mendengar kes itu sebagai sah dan mengikut hukum syarak.

MAC

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Diana Danielle Dikritik Kerana Baju Dalam

Pelakon Diana Danielle bertindak berani apabila tampil seksi sebagai muka depan majalah berbahasa Inggeris sehingga menimbulkan kemarahan peminatnya. Ramai meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Diana apabila pakaian digayakan menampakkan baju dalam selain menutup tubuhnya menggunakan bendera Amerika Syarikat.

Diana bagaimanapun enggan memperdulikan tentang kritikan diberikan kepadanya malah suaminya, Farid Kamil tidak mahu memberi komen kerana menganggap isu berkenaan terlalu peribadi. Bagi meredakan keadaan, pengurusnya, Fadzil Zahari tampil membuat permohonan maaf bagi pihak Diana.

APRIL

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Wan Maimunah & Makmol Saimon

Dramatis Wan Maimunah mengejutkan peminatnya apabila dia dilaporkan sudah bercerai dengan suaminya, Makmol Saimon sekitar April lalu. Bagaimanapun, Wan Maimunah enggan mendedahkan punca perceraian tersebut.

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Dakwaan Zizan Razak Hantar Mesej Lucah, Langgan Pelacur

Tahun 2015 memberi cabaran buat pelakon dan pelawak Zizan Razak apabila pelbagai kontroversi melibatkan namanya diperkatakan. Belum reda isu hubungannya dengan aktres Emma Maembong putus ditengah jalan, Zizan dituduh sebagai individu menghantar mesej lucah kepada beberapa wanita.

Tidak cukup dengan itu, dia dikatakan telah melanggan pelacur ketika berada di Indonesia sebelum mengejutkan peminat apabila dia mengumumkan bakal berkahwin. Bagaimanapun, Zizan mengambil tindakan berdiam diri terhadap pelbagai spekulasi diperkatakan terhadapnya selain mengelak daripada memberikan kenyataan kepada media. Namun segala kontroversi melandanya tidak membuatkan Zizan mengalah dan memberi fokus terhadap kerjayanya sehinggakan filem terbaharu lakonannya Polis Evo mendapat kutipan sebanyak RM18 juta.

MEI

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Raja Farah & Megat Bashirun Qhuyum Zakaria

Pelakon Raja Farah Raja Aziz bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu bercerai dalam prosiding tertutup di mahkamah rendah syariah Wilayah Persekutuan pada 25 Mei lalu. Raja Farah bagaimanapun telah berkahwin buat kali kedua dengan Iskandar Ismail pada 6 September lalu.

JUN

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!


Sharifah Shahora Dedah Kecurangan Suami Di Laman Sosial

Pada 2 Jun lalu, dramatis Sharifah Shahora membuat pendedahan di laman sosial Instagram dan Twitter mengenai kecurangan suami yang mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama Yanie. Perbuatan Raja Mukriz dapat dihidu selepas Sharifah Shahora terbaca beberapa mesej kiriman wanita berkenaan sehingga membuatkan rumah tangga mereka menjadi kontroversi, ibarat retak menanti belah. Bagaimanapun selepas beberapa minggu kejadian itu, kehancuran hati Sharifah Shahora terubat selepas berjaya dipujuk suami.

OGOS

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Fezrul Khan & Noorhafizah Zulkafli

Rumah tangga yang dibina sejak 2012 hancur apabila pelakon Fezrul Khan dan isterinya, Noorhafizah Zulkafli sah bercerai talak satu pada 19 Ogos lalu. Enggan mendedahkan punca sebenar perceraian tersebut, Fezrul bagaimanapun ingin memberi fokus kepada anaknya, Farrel Khan yang kini berusia dua tahun.

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Yatt Hamzah & Abdul Mutalib Shukor

Pelakon Yatt Hamzah pernah menyatakan kekesalan memfailkan perceraian terhadap bekas suaminya, Abdul Mutalib Shukor di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 24 Oktober tahun lalu. Yatt juga menarik balik permohonan cerai itu pada 12 Mac lalu dan ingin menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dengan baik. Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang dan pasangan berkenaan disahkan bercerai 25 Ogos lalu.

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Pelakon Baharu Fara Mendoza Dedah Digoda Fizz Fairuz

Gara-gara tidak tahan dengan sikap pelakon Fizz Fairuz, aktres baharu Fara Mendoza tekad mendedahkan sikap Fizz yang cuba memikatnya menerusi perbualan menerusi aplikasi sosial WeChat. Fara Mendoza berkata, niat sebenar dia mendedahkan perbualan tersebut supaya aktor itu sedar dan berhenti daripada terus mengumpannya dengan wang ringgit dengan tujuan yang tidak baik.

Fizz bagaimanapun menyifatkan tuduhan aktres berkenan kononnya dia cuba memikat wanita itu menerusi adalah tidak masuk akal. Fizz berkata dia terkejut dengan gosip yang tersebar itu lebih-lebih lagi dia langsung tidak mengenali wanita berkenaan.

SEPTEMBER

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Asfan Ditumbuk Adik Ipar Sendiri

Penyanyi Asfan mendedahkan ditumbuk oleh adik iparnya yang juga pelakon Bil Azali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika sedang menunggu isteri dan anak-anaknya pulang daripada bercuti. Bil menerusi kenyataannya pula memberitahu dia bertindak menumbuk abang iparnya itu kerana tidak tahan melihat dia berlagak seperti orang bujang dan mengabaikan isteri dan anak-anaknya.

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Rozita Che Wan Tarik Diri Juri AF Kerana Edry Abdul Halim

Akademi Fantasia sentiasa tampil dengan kejutan dan pada edisi terbaharunya tahun ini, pengkritik dan aktres Rozita Che Wan mengambil keputusan menarik diri daripada program berkenaan. Rozita mendakwa diherdik oleh Edry gara-gara pengetua AF itu tidak berpuas hati dengan komennya terhadap pelajar-pelajar program berkenaan.

Menurut Che Ta, apa yang dibuat di AF 2015 adalah tangunggawabnya sebagai pengkritik namun herdikan Edry di khalayak ramai adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Sementara itu, Edry pula menafikan dia mengherdik Che Ta seperti yang diperkatakan, sebaliknya sekadar memberi teguran kerana rasa tidak puas hati dengan komen yang diberikan. Malah Edry juga berasa tidak menyesal dengan tindakannya menegur aktres itu.

OKTOBER

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Isu Dadah Zamani & Lari Dari Pusat Pemulihan

Nama bekas vokalis kumpulan Slam iaitu Zamani kembali hangat diperkatakan selepas dia ditahan memiliki dan mengambil dadah jenis heroin dan morfin dengan berat bersih 0.6 gram pada Januari lalu. Bagaimanapun penyanyi itu bersama pembantu peribadinya yang turut ditahan ketika itu mengaku bersalah pada Mei lalu di Mahkamah Majistret Ampang dan dikenakan denda sebanyak RM5,500 setiap seorang selepas mereka mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Tidak terhenti di situ, Zamani pada Oktober lalu didakwa telah melarikan diri dari pusat pemulihan dadah iaitu Rumah Pengasih di ibu negara. Penyanyi itu dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menaiki sebuah kereta berwarna putih bersama dua individu. Zamani kemudiannya tampil dalam satu sidang media menjelaskan tindakannya keluar dari Rumah Pengasih dibuat selepas tiada keputusan mengenai hajatnya selepas satu perbincangan dilakukan bersama pihak pengurusan tempat pemulihan dadah itu.

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Isu Video Lucah Atikah Suhaimi, Ammar Alfian & Idris Kha

Peminat industri hiburan tempatan sekali lagi digemparkan dengan kontroversi terbaharu apabila pelakon Atikah Suhaimi, Ammar Alfian dan Idris Khan terlibat dalam video lucah melibatkan mereka bertiga. Bagaimanapun ketiga-tiga pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya kewujudan video berkenaan dan melakukan perbuatan terkutuk itu. Sehingga kini, tiada pihak tampil membuktikan kewujudan video berkenaan.

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Syazwan Zulkifly Pukul Teman Wanita

Tiada Angin tiada ribut, pelakon berbakat besar Syazwan Zulkifly tiba-tiba membuat pengumuman ingin bersara daripada dunia hiburan pada Oktober lalu. Bagaimanapun keputusannya itu mula terbongkar apabila dia didakwa telah memukul teman wanitanya, personaliti televisyen, Shenty Feliziana selepas berlaku pertelingkahan di antara mereka. Shenty membuat laporan di Balai Polis Kuang, Selangor pada 27 Oktober berhubung kejadian tersebut namun menarik balik aduan tersebut dan memaafkan lelaki itu.

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Erma Fatima, Bade Azmi Tak Jadi Cerai

Erma Fatima pada Mei lalu membuat kejutan apabila hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi memfailkan perceraian terhadap suaminya, Bade Azmi. Keputusan pelakon dan pengarah itu dipercayai ada kaitan dengan isteri kedua Bade iaitu Aida yang dikahwininya pada 2014. Erma bagaimanapun mengambil keputusan menarik balik permohonannya itu pada Oktober lalu selepas melihat kesungguhan Bade ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Maria Farida Dituduh Rampas Suami Kawan Baik

Pelakon popular era 90-an Maria Farida tiba-tiba menjadi perhatian apabila rakan baiknya sendiri, Karen Rahman mendakwa wanita itu cuba merampas suaminya yang dikenali sebagai Datuk Rahman. Bagaimanapun Maria bersama Rahman tampil dalam sebuah program hiburan menafikan dakwaan tersebut selain anak-anak pasangan itu turut memberi kenyataan menghemtam Karen sebagai ibu tidak bertanggungjawab.

NOVEMBER

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Drama Culik Zahirah MacWilson

Pelakon baharu Zahirah MacWilson mencetuskan kontroversi apabila mendakwa hampir diculik di tempat parkir sebuah pusat membeli belah. Perkara itu turut didedahkan oleh aktor Zul Ariffin menerusi laman Twitter miliknya dan memberitahu dia secara kebetulan berada di tempat kejadian. Bagaimanapun kenyataan aktres itu mula bercanggah apabila pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan menafikan kejadian itu menerusi rakaman litar tertutup yang terdapat ditempat tersebut. Zul dalam satu kenyataan lain mengakui dia kini bercinta dengan Zahirah dan hubungannya dengan Gayatri telah pun berakhir.

DISEMBER

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!!

Fazura & Isu KimK

Vii Narza berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang menjadi viral pada Rabu lalu apabila komen yang ditinggalkannya disalahtafsirkan oleh Fazura. Nama Nur Fazura kembali hangat apabila pelakon itu tersalah tafsir komen yang dibuat oleh salah seorang peminatnya menerusi sekeping gambar yang dimuat naik oleh wanita berkenaan di Instagram.

Peminat itu, Vii Narza telah memberi komen menyamakan salah seorang dalam gambar itu seperti aktres antarabangsa Kim Kardashian dengan menggunakan singkatan KimK. Namun perkataan KimK yang sinonim dengan gelaran artis itu ditafsir sebagai bahasa kesat dan mencarut oleh Fazura sehingga mendorong dia memuat naik foto mengkritik peminat berkenaan termasuklah menyentuh imej bertudung wanita itu. Vii dalam satu kenyataan pula memberitahu dia tidak pernah berniat untuk mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon itu sedangkan dia sudah lama meminati Fazura sebagai artis kesayangannya.

Lagi artikel menarik:-

1) MESTI TENGOK! Wajah Comel Anak Kedua Nabil Ahmad Seiras Lara Alana

2) Mengejutkan! Gambar Terkini Scha Alyahya Dengan Baby Bump Tersangat Comel

3) (GAMBAR) Selfie Artis Mendapat Kritikan Hebat Netizen, No.1 Paling Meletop!!

MELETOP! Senarai Artis Cetus Kontroversi Sepanjang 2015, No.4 PALING PANAS!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.