Monday, December 28, 2015

Komen TPM Isu Kenaikan Kos Sara Hidup BIKIN PANAS!!

Komen TPM Isu Kenaikan Kos Sara Hidup BIKIN PANAS!!

KUALA LUMPUR - Semua pihak tidak wajar menyalahkan kepimpinan sekarang dengan kenaikan kos sara hidup akibat perjanjian dan konsesi yang dibuat oleh kepimpinan terdahulu.

Komen TPM Isu Kenaikan Kos Sara Hidup BIKIN PANAS!!

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebaliknya berkata, kepimpinan pada hari ini dan rakyat perlu bersama memikul tanggungjawab itu secara kolektif.
"Jangan memuji (pemimpin) dahulu, menyalahkan sekarang supaya kita bertanggungjawab sepenuhnya.
"Kalau yang (pemimpin) lalu menyalahkan (pemimpin) sekarang, sedangkan najis yang terpalit itu dibuat oleh yang dulu, jangan salahkan sekarang (pemimpin)," katanya, di sini, hari ini.
Beliau mengulas Resolusi Deklarasi Prioriti 2016 bertajuk Ekonomi Keutamaan Kita anjuran Yayasan Damai Sejahtera Malaysia yang mahu kerajaan menangani cabaran kos sara hidup hari ini.

Ahmad Zahid juga berkata, kenaikan kadar tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), dan sebaliknya akibat daripada legasi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Kita tahu ERL bukan milik kerajaan, ianya dipunyai oleh pihak swasta, kalau kerajaan nak bagi diskaun kena bayar RM2.9 bilion pampasan dan kalau rombak kita harus bayar puluhan bilion.
"Konsesi, tol, perjanjiannya sudah dibuat begitu lama, dan berat sebelah juga, perjanjian IPT juga telah dibuat begitu lama, kedua-duanya berat sebelah juga, tetapi kami yang tanggung," tegasnya lagi.
Sumber Sinar Harian 

Komen TPM Isu Kenaikan Kos Sara Hidup BIKIN PANAS!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.