Sunday, December 20, 2015

Kenapa Awak Tak Secantik Emma Maembong Atau Nora Danish?

Kenapa Awak Tak Secantik Emma Maembong Atau Nora Danish?

Pedih, memang pedih! Mungkin itu lah perasaan bila suami sendiri membandingkan kecantikan isteri dengan wanita lain. Lagi parah, siap bandingkan dengan dengan artis terkenal seperti Nora Danish!

Isteri yang mana tak ‘tersentak’ bila dibandingkan sebegitu kan? Baca kisah yang dikongsi oleh wanita ini, menerusi Facebook Hanny Soffiea Asyraff. Kelakar pun ada.

Alkisah semalam. Tengah syokk layan drama tersuka tanpa sengaja tetibe laki aku berangan Lepas tu dia ckp cantik nya emma maembong ni.. Aku diam, dia buka pulakk fb. comelnya nora danish da tua pun bdn still cantik. Lepas tu dia boleh pulakk tanya aku. Knp awak xsecantik mereka...pndai jaga bdn... Bertepekkk kt muka kena bahan dengan suami sendiri..aku pun terus bangun mandi dan bersiap2, pakai tshirt yang beli time raya tahun lepas dengan seluar jeans dah 4 tahun beli...

Suami:awak ni dah kenapa..buang tebiat ke?
Isteri:abang,saya nk duit..nak keluar jap
Suami:nah rm 100 ni...kang jgn lupa beli lauk bawa balik sekali
Isteri:mana cukup bang 100..
Suami:nah abg tambah lg 500..pg beli ubat putih kulit..da mcm panda saya tengok muka awak..
Isteri:paling kurang abg kena sedia kan duit utk penjagaan diri saya sebulan 2k
Suami:apa banyak nauuu..
Isteri::saya nk pergi spa,nk buat facial muka,nak beli jamu,nak beli collagen utk gebu kan kulit,nak beli vitamin c utk halus kan kulit,nk pergi gym kurus kn badan...nak pergi sauna..
Suami:ehh saya takde duit banyak tu..
Isteri: haaa kalau dah tahu tak de duit...jgn nak berangan nak suruh bini awak jd cantik macam2 artis2 kt tv tu..dieorang sbln 5k untuk cantik kan diri... Suntik itu ini.. Mkn vitamin itu ini.. Pergi spa tiap2 minggu... Ni saya tiap2 minggu pergi pasar beli lauk.. Baru nak pakai bedak anak pulakkk dah terberak dalam seluar... Artis2 kt tv tu pakai org gaji utk bantu2 dia buat keje rumah tahu???!! Saya kalau cantikk saya xpilih awakk. Baik saya pilih pelakon amar bahrin tu.. Hensem pon hensem.. Bkn nak berterima kasih sebb sy dah lahir kan zuriat awak.. Lagi nak kutuk... Saya jadi mcm ni pun sebab awak...
Suami:$%$$###*%*""'=.. Terus tutup tv dan tidur dengan tenang
Copypaste.

Kenapa Awak Tak Secantik Emma Maembong Atau Nora Danish? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.