Wednesday, December 16, 2015

KECOH! Rumah Anak TPM Dirompak Kali Kedua

KECOH! Rumah Anak TPM Dirompak Kali Kedua

KAJANG: Rumah Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dirompak buat kali kedua dalam tempoh 20 bulan.

Menurut laporan The Malay Mail, kejadian itu berlaku ketika Nurul dan suami serta dua pembantu rumah mereka berada di dalam rumah, pada pagi Selasa.

Keluarga itu mengalami kerugian bernilai kira-kira RM25,000. Antara yang dilaporkan hilang adalah lima utas jam berjenama mewah, sebentuk cincin dan sebuah komputer riba.

Pihak polis yang menyiasat kejadian itu percaya perompak masuk melalui pintu belakang pada awal pagi dan menggeledah ruangan perpustakaan di tingkat bawah rumah tersebut.

Kamera litar tertutup (CCTV) pula tidak diaktifkan ketika kejadian kerana difahamkan mereka hanya akan mengaktifkan CCTV apabila rumah itu tidak berpenghuni.

April tahun lalu, rumah Nurul telah dirompak oleh bekas pemandunya.

Sumber Astro Awani 

KECOH! Rumah Anak TPM Dirompak Kali Kedua Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.