Wednesday, December 16, 2015

Kecoh Dihentam Netizen, Fizo Omar Tampil Mohon Maaf!

Kecoh Dihentam Netizen, Fizo Omar Tampil Mohon Maaf!

Sedia maklum program Gegar Vaganza musim kedua telah pun berlabuh tirai pada Ahad lalu. Bagaimanapun muncul cerita kurang enak pabila pelakon dan pengacara terkenal Fizo Omar telah memuat naik statusnya di Twitter seolah-olah mengkritik penaja program tersebut iaitu Dato Vida yang berbunyi "Potong stim la tengok #gegarvaganza ni.. nak tengok otai-otai menyanyi bukannya…"

Kecoh Dihentam Netizen, Fizo Omar Tampil Mohon Maaf!

Meskipun statusnya itu tidak dinyatakan secara umum nama individu tersebut, netizen dapat mengagak bahawa tweet yang ditujukan itu adalah kepada pemilik produk Qu Puteh tersebut.

Ekoran itu, status Fizo Omar telah menimbulkan kecaman hebat dalam kalangan peminat yang mana berpendapat Fizo tidak sepatutnya mengeluarkan komen sedemikian.

Menyedari keadaan makin kecoh, Fizo Omar bagaimanapun tampil memohon maaf selain mengucapkan tahniah kepada pemenang pertandingan tersebut.

Kecoh Dihentam Netizen, Fizo Omar Tampil Mohon Maaf!

Semoga kes ini membuatkan Fizo dan artis-artis lain lebih hati-hati dalam melontarkan sebarang komen terutama di laman sosial agar insiden seumpama ini tidak berlaku lagi.

Kecoh Dihentam Netizen, Fizo Omar Tampil Mohon Maaf! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.