Thursday, December 31, 2015

Jika Seseorang Merompak Kita, Tak Bermakna Kita Boleh Bunuh Dia - KPN

KUALA LUMPUR - Orang awam dinasihatkan meneliti dan memahami peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan sebelum membuat sebarang andaian, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Khalid berkata demikian dalam mengulas tentang seorang lelaki didakwa membunuh seorang perompak ketika mempertahankan diri di Terengganu. 


Berita pertuduhan itu mula tersebar di laman sosial sejak semalam dan menimbulkan kemarahan netizen.

Dalam pada masa yang sama, Khalid juga mempersoalkan di mana peranan Majlis Peguam dan Peguam Hak Asasi Manusia dalam mendidik masyarakat mengenai perkara tersebut.

Jika Seseorang Merompak Kita, Tak Bermakna Kita Boleh Bunuh Dia - KPN
"Jika seseorang itu merompak kita, tidak bermakna kita boleh membunuh dia. Seksyen 99 Kanun Keseksaan jelas menyatakan bahawa ada hadnya untuk mempertahankan diri, bukan hanya pada orang ramai tetapi pada kita (polis) juga.
"Apabila ia melibatkan perkara lain, Majlis Peguam cepat saja memberikan kenyataan. Tetapi mengapa Majlis Peguam mendiamkan diri berkenaan kes ini? Di sinilah Majlis Peguam sepatutnya memainkan peranannya mendidik masyarakat memahami perundangan," katanya di Bukit Aman, hari ini. 
Jelas Khalid, hak bagi mempertahankan diri tidak meliputi melakukan lebih banyak kemudaratan dari yang sepatutnya.

Terdahulu, netizen berang apabila kisah mengenai lelaki bernama Zulkifli dilaporkan bakal dikenakan hukuman mati atas pertuduhan membunuh seorang perompak yang pecah masuk ke rumahnya di Kerteh, Terengganu, viral di media sosial.

Sumber Mstar Online 

Jika Seseorang Merompak Kita, Tak Bermakna Kita Boleh Bunuh Dia - KPN Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.