Sunday, December 27, 2015

Inilah Respon Berani Mati Stacy Selepas Video Sambut Krismas Dikecam Netizen!

Inilah Respon Berani Mati Stacy Selepas Video Sambut Krismas Dikecam Netizen!

Baru-baru ini, Instagram penyanyi Stacy AF atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam telah diserang bertubi-tubi di bahagian komen mengenai isu meraikan perayaan Krismas. Ekoran itu, Stacy tampil menjelaskan perkara sebenar berhubung isu tersebut.


Menurut Stacy, beliau memuat naik video tersebut kerana mahu berkongsi lagu nyanyian tersebut buat peminat. Memandangkan keluarganya juga masih beragama Kristian.
"Saya muat naik video itu kerana mahu berkongsi nyanyian lagu-lagu Krismas dengan peminat beragama Kristian. Kumpulan penyanyi itu datang ke rumah kami kerana ibu bapa saya masih Kristian."
"Saya sedar apa yang saya buat dan ia tidak sepatutnya dijadikan isu. Kita sepatutnya menghormati semua agama. Oleh kerana ibu bapa saya adalah Kristian, tidak ada masalah untuk kumpulan penyanyi itu datang ke rumah kami. Ia adalah sebahagian daripada Krismas."
Inilah Respon Berani Mati Stacy Selepas Video Sambut Krismas Dikecam Netizen!

Malah tambahnya lagi ia merupakan tradisi keluarga kerana ketika Krisma disambut ia merupakan peluang untuk mereka sekeluarga berkumpul.
"Sudah menjadi tradisi keluarga kami untuk berkumpul ketika Krismas kerana ketika itulah semua orang bercuti dan kami boleh berjumpa dan berkongsi cerita di rumah kami, katanya."
Apa-apa pun, semoga Stacy tabah menghadapi dugaan dan juga cabaran sebegini. Hanya segelintir yang tidak memahami perkara sebegini dan ia pastinya boleh dielakkan dengan pemahaman yang betul dan tidak melulu melempar tohmahan.

Inilah Respon Berani Mati Stacy Selepas Video Sambut Krismas Dikecam Netizen! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.