Monday, December 7, 2015

Inilah Jaminan Najib Buat Mahasiswa. Benarkah Ia Akan Ditunaikan?

Inilah Jaminan Najib Buat Mahasiswa. Benarkah Ia Akan Ditunaikan?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi ketegasan Kerajaan bahawa ia tidak menaikkan yuran universiti di negara ini.

Najib berkata, Kerajaan sebaliknya akan terus membelanjakan peruntukan yang banyak dalam bidang pendidikan modal insan terutama yang membabitkan mahasiswa tempatan.

Beliau berkata, Kerajaan amat fokus dalam pembangunan mahasiswa termasuk dengan tidak menaikkan yuran pengajian.
"Yuran universiti tak akan dinaikkan. Perkara lain boleh dinaikkan seperti tol tetapi yuran universiti tidak boleh dinaikkan. Ia tidak naik dari zaman dulu sebelum saya menjadi Menteri Pendidikan dan sampai hari ini pun saya tak naik.
"Semua dah naik tapi yuran universiti tak naik. Kita hendak pastikan tahap kualiti pendidikan adalah terbaik di negara ini," katanya ketika berucap pada Penutup Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional, PEMANAS 3.0 di sini.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga Penaung Yayasan Minda, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Tan Sri Ibrahim Abu Shah.

Seramai 225 mahasiswa universiti awam dan swasta menyertai persidangan itu anjuran Biro Pendidikan UMNO dan Yayasan Minda.

Sementara itu Najib berkata, Malaysia di bawah kepimpinan UMNO bukanlah sebuah negara yang gagal sebaliknya telah mencapai pelbagai pembangunan untuk generasi muda

Katanya, dengan kemajuan yang dikecapi negara, Malaysia kini dihormati di peringkat antarabangsa.

Menurutnya lagi, keberanian dan sikap optimis yang diamalkan oleh barisan kepimpinan negara menjadikan Malaysia semakin maju.
"Di bawah kepimpinan UMNO kita boleh melihat bahawa negara kita semakin hari semakin maju. Jauh sekali kita boleh dianggap sebagai sebuah negara yang gagal. Namun negara kita mempunyai pelbagai cerita kejayaan yang patut kita banggakan," katanya.
Antara keberanian Kerajaan ialah untuk menerima Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, TPPA di mana ia adalah satu langkah dalam mengukuhkan ekonomi negara.

Tambah beliau, kejayaan UMNO sangat besar kepada negara dan ia perlu diteruskan oleh golongan muda sebagai pelapis negara.

Sumber Astro Awani

Inilah Jaminan Najib Buat Mahasiswa. Benarkah Ia Akan Ditunaikan? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.