Thursday, December 17, 2015

GEMPAR! Negeri Kelantan Diramal Bakal Hadapi Banjir Besar

GEMPAR! Negeri Kelantan Diramal Bakal Hadapi Banjir Besar

KOTA BHARU. – Negeri ini bakal menghadapi banjir besar sekali lagi sekiranya fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada 25 sehingga 28 Disember ini bertembung dengan hujan lebat lebih dua hari berturut-turut pada masa yang sama.

Ekoran daripada itu kawasan-kawasan di sekitar Sungai Golok seperti Rantau Panjang dan Tumpat terdedah dengan bencana alam tersebut.

Bagaimanapun kawasan rendah di tebing Sungai Kelantan bermula dari daerah Gua Musang, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu dijangka mendapat impak yang lebih besar.

Biarpun Jabatan Meteorologi belum mengeluarkan sebarang amaran hujan lebat untuk tarikh itu namun difahamkan semua pihak berkuasa telah diarahkan supaya bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan yang akan berlaku.

Ir. Shahimi Sharif

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Ir Shahimi Sharif berkata, jika hujan lebat di kawasan pedalaman berterusan, limpahan air dijangka bermula di kawasan rendah hulu kedua-dua sungai tersebut sebelum merebak ke kawasan hilir.

GEMPAR! Negeri Kelantan Diramal Bakal Hadapi Banjir Besar

Beliau berkata, keadaan ini berkemungkinan berlaku disebabkan masih terdapat kira-kira 32 peratus hujan yang masih belum turun pada tahun ini.
“Purata tahunan hujan di negeri ini ialah 2,700 milimeter (mm). Bermula Januari sehingga hari ini, 68 peratus daripada jumlah purata hujan tahunan sudah turun dan masih berbaki lagi.
“Bagaimanapun jumlah purata ini tidak rigid, mungkin berkurang dan mungkin bertambah. Contohnya, jumlah purata tahunan hujan pada tahun lalu melebihi daripada biasa iaitu 3,000 mm dan 50 peratus daripadanya turun pada penghujung tahun sehingga menyebabkan banjir besar,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.
Katanya, jabatan tersebut memantau secara terperinci taburan hujan dan juga paras air di ke dua-dua sungai itu.

Menurut beliau, jika paras sungai telah melepasi aras bahaya, pihaknya akan terus membuka bilik gerakan dan jadual tugasan pegawai serta kakitangan telah disiapkan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
“Ramalan air pasang besar ini dikeluarkan oleh Jabatan Laut dan lazimnya ombak pada ketika itu boleh mencecah sehingga 30 meter dan membahayakan nelayan serta kawasan yang berhampiran dengan pantai. Kita akan bekerjasama dengan semua agensi untuk memantau keadaan ini.
“Namun sekiranya tidak ada hujan lebat melebihi dua hari berturut-turut di kawasan hulu maka banjir besar tidak akan berlaku,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi negeri, Maqrum Fadzli Mohd. Fahmi berkata, air pasang besar memang dijangka berlaku namun kejadian itu merupakan feno­mena biasa yang berlaku setiap tahun.

Menurut beliau, se­ki­ranya hujan lebat da­lam tempoh yang sama, impak fenomena tersebut mungkin lebih ketara termasuk berpotensi mengakibatkan banjir besar sebagaimana kejadian bah kuning tahun lalu.
“Setakat ini pihak jabatan belum mempunyai maklumat tepat mengenai keadaan cuaca pada tarikh ber­kenaan. Bagaimanapun, bermula esok hingga 18 Disember, hujan lebat dijangka melanda Pahang, Terengganu, Johor dan Sarawak
“Setakat ini, Kelantan tidak termasuk dalam negeri-negeri yang dijangka mengalami hujan lebat itu namun kita akan terus buat pemantauan dan pastikan maklumat dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau dalam pada itu menasihatkan orang ramai, terutama di kawasan berisiko dinaiki air supaya peka dengan maklumat yang di­salurkan di samping membuat persiapan rapi bagi berdepan kemungkinan banjir.

Sumber: Utusan Online 

GEMPAR! Negeri Kelantan Diramal Bakal Hadapi Banjir Besar Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.