Tuesday, December 15, 2015

Gambar Seperti Ini Tidak Akan Pernah Viral! - Doktor

Gambar Seperi Ini Tidak Akan Pernah Viral! - Doktor

Setiap pekerjaan memiliki tugas yang berbeza. Namun dek kerana kesalahan kecil yang dilakukan membuatkan masyarakat mengambil jalan mudah untuk memandang negatif terhadap sesuatu tugas yang dilakukan. Contohnya sejak akhir-akhir ini seringkali kita dengar keburukan mengenai penjawat awam khususnya bagi mereka yang bertugas sebagai jururawat.

Perkongsian kali ini menerusi salah sebuah laman Facebook Abdul Rahman Abdul Kadir benar-benar membuka mata. Betapa mulianya pekerjaan seorang jururawat. Sebagai orang luar adalah tidak sepatutnya cepat membuat sebarang spekulasi negatif terhadap penjawat awam. Jangan disebabkan satu keburukan yang dilakukan kita tidak nampak kebaikan yang dilakukan.

Ikuti kisah selanjutnya:-

Kami sudah biasa tubuh badan kami disimbahi dengan pelbagai bendalir badan dan kotoran.

Darah, muntah, kencing, najis, ludah, air mentuban, nanah, kahak...namakan saja dan kami mmg sudah pernah bermandikan ini semua.

Sedikitpun kami tidak pernah merungut apabila kami dikotori dengan semua ini. Malah kadang kala kami tidak hiraukan dan terpaksa meneruskan rawatan terhadap pesakit demi menyelamatkan mereka sekalipun sedar risiko jangkitan kuman yang mungkin ada dalam bendalir tersebut.

Penat, mengantuk, lapar, dahaga malah keinginan untuk kencing dan berak akan kami tangguhkan sewaktu sesuatu rawatan resusitasi agresif bagi kes2 trauma mahupun kes medical yang tidak stabil.

Pernah staf saya pengsan ketika bertugas kerana terlalu penat. Betapa ramai jururawat saya yang keguguran ketika mengandung kerana beban kerja yang begitu berat dan stress. Dan betapa ramai yg bercerai berai, putus tunang dan tidak berkahwin langsung akhirnya dek komitmen mereka yang terlalu tinggi untuk berkhidmat demi negara. Ini berlaku dek pasangan mereka tidak tahan dan tidak sanggup berkahwin dgn orang yang mempunyai komitmen tinggi dalam perkhidmatan kritikal seperti kami.

Betapa acapkali kami meninggalkan ahli keluarga kami di hari perayaan dan kenduri kendara. Malah ketika anak2 kami sakit, kami tinggalkan mereka demi berkhidmat merawat orang asing yg kami tidak kenal dan berdoa biar Allah jaga anak2 kami ketika kami menjaga pesakit.

Opss! Saya terlupa. Semua di atas itu adalah cara hidup yang kami sendiri gatal pilih. Dan kami dibayar gaji oleh macai yg kononnya membayar cukai. Oleh itu menurut macai, kami tidak mempunyai hak untuk bersuara apabila diserang di media sosial. Kami mesti akur dan buat penambahbaikan sungguhpun tuduhan adalah palsu dan tiada asas. (Inilah statement2 yang saya baca di wall KKM yang share status saya).

Semua pengorbanan di atas itu tidak boleh disebut kerana telah termasuk dalam pakej gaji. Ini termasuk pakej untuk diambil gambar curi dan diviralkan oleh macai di media sosial supaya dimaki hamun oleh netizen secara berjemaah. 

Simbahilah kami dengan darah, muntah dan juga fitnah.

Bukan niat kami mengungkit semua ini tetapi apabila dengan hanya sekeping gambar staf kami yang berehat diviralkan seolah2 kami makan gaji buta, terpaksalah kami sebutkan supaya mereka yang rasional dapat melihat di luar kotak.

Kepada sahabat2 saya para petugas hospital, saya pernah nyatakan ini dan saya nyatakan sekali lagi, janganlah berduka dan kecewa dek tohmahan di media sosial. 

Biarlah kita viral di langit dengan Allah dan para Malaikat memuji kita.

Nota: Gambar seperti ini tidak akan pernah viral. Ini adalah senario yang biasa bagi kami di zon merah/kritikal. Baju seorang Penolong Pegawai Perubatan (MA) kami yang disimbahi muntah darah seorang pesakit. Beliau meneruskan merawat pesakit dalam keadaan itu demi nyawa pesakit tersebut.

Geli, penat, takut diketepikan demi anda.

Gambar Seperti Ini Tidak Akan Pernah Viral! - Doktor Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.