Wednesday, December 23, 2015

(GAMBAR) Selfie Artis Mendapat Kritikan Hebat Netizen, No.1 Paling Meletop!!

(GAMBAR) Selfie Artis Mendapat Kritikan Hebat Netizen, No.1 Paling Meletop!!

Selfie Paling Bodoh Artis Malaysia.. Kalau itu lah tajuk utama akhbar hari ini memang akan laris dan viral lah surat khabar tersebut. Jualan pasti jadi rangking tinggi sangat pada hari tu. Silap-silap pihak akhbar kena minta maaf kepada barisan artis-artis kat Malaysia ni. Kebetulan pula akhbar hari ni keluarkan tajuk “Selfie Paling Bodoh” yang dilakukan oleh orang seluruh dunia. Tu lah kesan dan akibat terlalu taksub kepada selfie, semua tempat nak di selfienya.

Bukan sahaja orang biasa tapi golongan-golongan Menteri, VIP dan juga artis turut tidak lari daripada tempias penyakit selfie. Kat sini bukan nak nyatakan antara selfie paling bodoh artis Malaysia tapi antara beberapa selfie artis Malaysia yang dikritik hebat oleh pembaca. Kritikan ini dilakukan kerana kebanyakan mereka selfie tidak begitu kena pada sesetengah tempat. Orang kata nak bergambar tak salah tapi kena tengok pada keadaan. Kat sini antara beberapa gambar selfie artis Malaysia yang dikecam hebat sepanjang tahun 2014.

Gambar ini diambil oleh artis tersebut di Dataran Merdeka bersempena dengan hari berkabung rakyat Malaysia atas nahas MH17 yang ditembak jatuh. Menurut Diva AA selfie diambil bukan bertujuan untuk bersuka-ria tapi menunjukan rasa sedih dan simpati beliau pada semua mangsa. Gambar ini juga turut dapat kritikan hebat daripada golongan artis terutama Sharnaaz Ahmad.

(GAMBAR) Selfie Artis Mendapat Kritikan Hebat Netizen, No.1 Paling Meletop!!
Diva AA...
Tujuan artis ini adalah untuk berkongsi kesedihan dan juga sambutan Hari Raya bersama keluarga di kampung dengan menziarahi tanah perkuburan. Namun ia bukanlah perkara yang sepatutnya dilakukan di kawasan perkuburan sehinggakan ustaz juga mengeluarkan kenyataan bahawa selfie di tanah perkuburan adalah tidak dibenarkan. Farish juga telah memohon maaf atas kekhilafan beliau dalam isu sensitif ini.

(GAMBAR) Selfie Artis Mendapat Kritikan Hebat Netizen, No.1 Paling Meletop!!
Farish...
Gambar ini juga turut mendapat kritikan hebat daripada ramai peminat dan juga rakyat Malaysia. Gambar Zain tidak berpakaian baring bersama Che Ta atas kamar dengan susunan bunga ros bentuk love menunjukkan keromantikan mereka berbulan madu. Tapi ia disalah tafsir oleh ramai pihak kerana seolah-olah menunjuk akan sikap keterbukaan mereka yang tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

(GAMBAR) Selfie Artis Mendapat Kritikan Hebat Netizen, No.1 Paling Meletop!!
Rozita Che Wan Dan Zain Saidin...
Gambar ini masih baru dan masih lagi segar kerana keadaan mangsa banjir masih tidak lagi reda. Tetapi isu ini telah bangkit dan mendapat kritikan hebat dari ramai yang tidak begitu senang dengan tindakan artis ini. Niat Fizo Omar adalah untuk berkongsi keadaan banjir yang melanda kampung beliau Kelantan baru-baru ini. Tapi tafsiran orang ramai ianya seolah-olah menunjukkan bahawa Fizo sekadar untuk bergembira dan menunjuk-nunjuk datang membantu mangsa banjir di sana. Apa pun kita kena sama-sama membantu mengsa banjir yang sekarang masih teruk dibeberapa buah negeri Pantai Timur tanah air.

(GAMBAR) Selfie Artis Mendapat Kritikan Hebat Netizen, No.1 Paling Meletop!!
Fizo Omar...
Artis yang pertama mencapai jumlah follower 1juta di laman Instagram ini boleh digelar sebagai ratu selfie. Ini kerana begitu banyak gambar selfie beliau dimuat naik dalam Instagram beliau. Setakat ini jumlah gambar yang dimuat naik di laman Instagram beliau sebanyak 13,335 keping gambar. Apa pun beliau kadang-kadang juga turut ditempias dengan kritikan kerana gambar bermesra dengan seorang yang selalu ada dalam gambar di Instagram beliau. Siapakah dia anda pasti tahu..

(GAMBAR) Selfie Artis Mendapat Kritikan Hebat Netizen, No.1 Paling Meletop!!
Nora Danish...

(GAMBAR) Selfie Artis Mendapat Kritikan Hebat Netizen, No.1 Paling Meletop!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.