Tuesday, December 15, 2015

FAKTA: 5 Sebab Wanita Perlu Tahu Mengapa Lelaki Lebih Gemar Wanita Tanpa Mekap!

FAKTA: 5 Sebab Wanita Perlu Tahu Mengapa Lelaki Lebih Gemar Wanita Tanpa Mekap!

Sehingga sekarang wanita masih lagi diajar, kalau tanpa mekap, "Tak lawalah kau, tak cantiklah kau, tak menari lah kau." Untuk siapa sebenarnya? Untuk wanita itu sendiri? Atau untuk kepentingan syarikat peralatan makeup?

Tapi tahukah wahai wanita bahawa lelaki memang suka wanita yang cantik semula jadi? Cantik ini subjektif. Ada orang lihat wanita ni cantik tapi ada orang cakap tidak. Cantik luaran tidak kekal selamanya. Jadi janganlah risau sangat! Yang penting adalah cantik dalaman kerana ia akan kekal dan disanjung tinggi jika kita berpekerti mulia dan baik hati. Betul tak?

Berikut merupakan sebab mengapa lelaki lebih gemar wanita tanpa mekap:-

1) Lelaki suka wanita yang yakin

Keyakinan seorang wanita adalah sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk wanita meninggalkan alat solek mereka. Jika anda berani keluar tanpa secalit mekap di wajah, ternyata anda seorang yang yakin.

2) Tak suka wanita yang obses

Lelaki sukakan wanita yang cantik tapi tak suka dengan wanita yang terlalu obses nak cantik. Takkan la setakat pergi shopping mall pun pakai mekap macam nak pergi dinner.

3) Lelaki suka lihat wajah wanita bangun tidur

Apa yang pasti, anda tidak akan pakai mekap masa tidur dan lelaki menganggap wajah semula jadi wanita yang baru bangun tidur sangat seksi.

4) Lelaki tak suka menunggu

iap kali nak dating, si dia perlu menunggu anda untuk bersiap. Lelaki memang tak suka menunggu. Jangan! Nanti si dia cari lain baru tahu.

5) Cantik luaran tak penting

Kalau rupa je cantik tapi tak pandai ambil hati dan kuat merajuk, si dia akan rasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.

FAKTA: 5 Sebab Wanita Perlu Tahu Mengapa Lelaki Lebih Gemar Wanita Tanpa Mekap! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.