Sunday, December 27, 2015

Dihina Rampas Bekas Suami Kawan Baik, Maria Farida Tampil Beri Komen Panas!

Dihina Rampas Bekas Suami Kawan Baik, Maria Farida Tampil Beri Komen Panas!

Bertarikh 26 November lalu, pelakon Maria Farida, 45, telah selamat bergelar isteri buat kali kedua kepada usahawan yang dikenali sebagai Datuk Rahman, 62.

Bagaimanapun, perkara itu dikatakan telah mendapat penghinaan segelintir orang kerana suami Maria itu merupakan bekas suami kawan baiknya sendiri.

Maria Farida dalam pada itu melahirkan rasa terkilan terhadap segelintir masyarakat yang mempertikaikan perkahwinannya itu.
“Saya sedih sebab rata-rata orang Melayu yang komen. Sepatutnya orang Melayu kita lebih beradab ketika bercakap.
“Tidak tahu perkara sebenar yang terjadi tetapi main teka dan tulis. Hakikatnya, sudah jodoh saya dengan dia nak buat macam mana,” luah Maria tentang perkara ini.
Dihina Rampas Bekas Suami Kawan Baik, Maria Farida Tampil Beri Komen Panas!

Dakwa Maria, bekas suami kawan baiknya itu hanya dirapatinya selepas beliau bercerai sekitar Ogos lalu justeru tidak timbul soal dia merampas lelaki berkenaan daripada sesiapa.
“Kenapa mahu pertikaikan lagi. Kami hanya menjemput seramai 50 orang yang terdiri daripada famili dan kawan-kawan terdekat (ketika majlis pernikahan).
"Lagipun ini perkahwinan kedua saya. Jadi, untuk apa ia dibuat secara besar-besaran,” kata Maria.
Apa pun, Maria telah melakukan sesuatu yang tidak salah malah dituntut agama. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat kehidupannya di masa mendatang.

Dihina Rampas Bekas Suami Kawan Baik, Maria Farida Tampil Beri Komen Panas! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.