Thursday, December 10, 2015

Dia Buat Dah! Aksi Panas Wanita Ini Cetus Kritikan

Dia Buat Dah! Aksi Panas Wanita Ini Cetus Kritikan Netizen

Kalau dahulu kecoh dengan tindakan seorang wanita yang membawa seekor anjing ke Tesco, terkini pula insiden yang hampir sama berlaku apabila seorang wanita membawa seekor anjing masuk di salah sebuah KFC!

Tersebarnya gambar wanita terbabit yang membawa anjingnya baka Chihuahua ke sebuah restoran makanan segera di Tawau, Sabah, sekaligus menjadi viral di laman sosial.

Difahamkan, kakitangan KFC yang menyedari tindakan wanita itu terus menegur perbuatannya yang telah melanggar larangan yang tertera di pintu masuk premis dan meminta wanita itu membawa haiwan peliharaannya keluar. 

Dia Buat Dah! Aksi Panas Wanita Ini Cetus Kritikan Netizen

KFC Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memastikan kebersihan premis cawangan mereka kekal terjamin. 
"KFC Malaysia amat mengambil berat tentang kebersihan restoran kami dan memastikan bahawa perniagaan kami menepati garis panduan Halal yang telah ditetapkan," kata kenyataan itu.

Dia Buat Dah! Aksi Panas Wanita Ini Cetus Kritikan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.