Wednesday, December 30, 2015

Bolehkah Sebut Oh My God? Ini Jawapan Balas Dari Ustaz Azhar Idrus, MENGEJUTKAN!!

Bolehkah Sebut Oh My God? Ini Jawapan Balas Dari Ustaz Azhar Idrus, MENGEJUTKAN!!

Ramai bangsa-bangsa melayu Islam sekarang ini menyebut perkataaan ‘Oh My God‘ (OMG) terutamanya di kalangan pemuda dan pemudi. Di status facebook, mereka banyak menggunakan perkataan ini. Maka timbullah perbalahan soal isu ini. Ada yang kata HARAM, ada yang kata SYIRIK !

Sebenarnya perkara ini sudah lama dijawab oleh ulama-ulama sejak tahun 80-an lagi.

Salahkan Seseorang Muslim Itu Menyebut Oh My God?

Seorang muslim dituntut mengingati Allah SWT sepanjang masa. Dalam sepotong ayat, Allah berfirman;

” Tidakkah dengan mengingati aku hati menjadi tenang.”

Menurut Ustaz Azhar Idrus dalam takzkirahnya, masalah ‘Oh My God’ tidak menjadi kesalahan. Kita kalau orang Islam kata ‘Oh My God’, sama sahaja maknanya ‘Ya Allah Ya Tuhanku’. Melainkan maksud ‘Oh My God’ ialah Jesus Christ. Barulah syirik ketika itu.

Jadi maksudnya ‘Oh My God’ (Ya Allah) salah tak? Tak salah asalkan niat kita hanya Allah tuhan yang satu. Cuma… kalau niat kita nak nampak hebat menyerupai orang kafir.. itu tak boleh! Kerana itu menyerupai sesuatu kaum.

“Orang kafir kan Oh My God bila tengok kereta hilang. Kita pun Oh My God, nampak kelas sikit sebab belajar kat California. Jadi, jangan lah gitu.”

Yang terbaik, yang tidak ada pertikaia ialah Ya Allah. Itu yang terbaik! Justeru untuk hidup tenang, seeloknya basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah.

Lagi artikel menarik:-






Bolehkah Sebut Oh My God? Ini Jawapan Balas Dari Ustaz Azhar Idrus, MENGEJUTKAN!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.