Sunday, December 27, 2015

AWAS! 7 Sebab Lelaki Nampak Seksi Di Mata Wanita..


 AWAS! 7 Sebab Lelaki Nampak Seksi Di Mata Wanita..

Untunglah kan kalau ada boyfriend yang hensem, tinggi, badan sasa, baik hati dan caring pulak tu...wah rasa xlena tidur je kan sebab teringatkannya hari-hari. Tambah-tambah dapat pulak lelaki yang muka ala-ala korea tu.. melting! Tapi bukan senang nak cari lelaki yang perfect macam tu. Hanya wanita yang bertuah sahaja dapat memiliki lelaki seperti itu. 

Walaupun itu adalah ciri -ciri lelaki yang wanita inginkan tetapi janganlah terlalu cerewat sampai lelaki biasa pun tak nak pandang dah. Sebab setiap lelaki ada kelebihan masing-masing. Meh kita usha apa kelebihan yang lelaki ada sampai nampak seksi di mata wanita. 

1) Ada sense of humour

 AWAS! 7 Sebab Lelaki Nampak Seksi Di Mata Wanita..

Tak kan lah kita nak lelaki yang serius 24 jam je kan? Lama-lama kita juga yang stress. Mestilah nak juga yang jenis ada sense of humour. Barulah hidup kita sentiasa ceria dan penuh gelak tawa dengan sifat kelakarnya itu. Dapatlah hari-hari kita tengok sifat kelakar si dia kan? 

2) Pandai memasak

 AWAS! 7 Sebab Lelaki Nampak Seksi Di Mata Wanita..

Ini satu bonus kalau dapat lelaki yang pandai masak. Lagi beruntung kalau dia rajin masak lepas nikah nanti. Wah memang hari- hari la cair kalau masakan si dia tu dapat memikat hati kita. Mesti happy kan tengok dia susah payah di dapur untuk sediakan hidangan istimewa untuk kita. Senyum sampai telinga jawabnya. 

3) Kuat bersukan

 AWAS! 7 Sebab Lelaki Nampak Seksi Di Mata Wanita..

Lelaki yang jenis kuat bersukan ini biasanya dia pandai jaga kesihatan badan dan fizikalnya. Wanita mestilah nak tengok lelaki yang jenis badan sasa dan bukan jenis yang lembik-lembik macam pondan tu kan? Barulah nampak menarik di mata wanita.

4) Sentisa kemas dan penampilan menarik

 AWAS! 7 Sebab Lelaki Nampak Seksi Di Mata Wanita..

Wanita ini mudah jatuh cinta pandang pertama. Tapi tak semua la. Jadi first impression tu penting. Ketrampilan dan kekemasan dapat menarik perhatian wanita dan nampak seksi di mata wanita. Tambah-tambah lelaki yang selalu pakai sut pergi kerja. Nampak hensem sangat! 

5) Pandai berdikari

 AWAS! 7 Sebab Lelaki Nampak Seksi Di Mata Wanita..

Sifat pandai berdikari juga antara salah satu faktor kenapa lelaki itu nampak seksi di wanita.Dapat menyelesaikan masalah sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain adalah satu sifat yang diingini oleh wanita.

6) Berkeyakinan tinggi

 AWAS! 7 Sebab Lelaki Nampak Seksi Di Mata Wanita..

Berkeyakinan tinggi membuatkan seorang lelaki itu tampak seksi di mata wanita. Dengan keyakinan tersebut membuatkan wanita percaya dan yakin untuk bersama dengannya.

7) Senyuman menawan

 AWAS! 7 Sebab Lelaki Nampak Seksi Di Mata Wanita..

Senyuman adalah satu kurniaan yang diberikan Tuhan kepada kita. Senyuman tersebut dapat mencairkan hati wanita malah dapat memujuk wanita yang sedang merajuk. Power kan?  

AWAS! 7 Sebab Lelaki Nampak Seksi Di Mata Wanita.. Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.