Tuesday, December 22, 2015

Apakah Hukum Jika Seseorang Wanita Itu Tidak Mahu Berkahwin?

Apakah Hukum Jika Seseorang Wanita Itu Tidak Mahu Berkahwin?

Setiap dari kita pastinya mengimpikan sebuah perkahwinan. Namun dek kerana faktor-faktor tertentu, ada di antara masyarakat hari ini lebih memilih untuk hidup sendiri dan tidak mahu mempunyai pasangan hidup dengan erti kata lain tidak mahu mendirikan rumah tangga.

Kali ini kami ingin berkongsi pendapat ustaz bila diajukan soalan hukum jika seseorang wanita itu tidak mahu bernikah.

Assalamualaikum Ustaz. Apakah hukumnya jika seseorang wanita itu tidak mahu berkahwin walaupun hakikatnya dia adalah seorag wanita yang normal? Tambahan pula, dia sering terbaca tentang kisah penderaan dan penceraian yang sering terjadi kepada pasangan yang sudah berkahwin. Adakah ini dikatakan tidak mengikut sunnah Nabi? Saya juga inginkan kepastian daripada ustaz. Berdosakah seseorang wanita itu jika dia memendam rasa dan menyukai salah seorang gurunya yang bakal bertunang?

Berkahwin adalah suatu amalan yang disukai oleh Islam kerana dengannya kita dapat menyempurnakan separuh dari agama setelah nafsu kita dapat dialirkan ke tempat yang halal dan berfaedah. Halangan dari syaitan pasti akan tiba di atas nama takut, nak cari yang paling ideal, belum tergerak nak kahwin atau nak tumpu pada profesion. Islamik kan pemikiran kita dan buang rasa takut tersebut dan carilah pasangan kalau tiada yang mencari kita, biar pun dikata orang “perigi mencari timba”. Tetapi perlu ingat di tengah-tengah nak mencari pasangan janganlah pula ambil tunang orang kerana kita akan melukakan hati rakan sejenis kita dan ia merupakan larangan agama. (4636)

Moga sedikit perkongsian ilmu kali ini memberi manfaat dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita semua.

Apakah Hukum Jika Seseorang Wanita Itu Tidak Mahu Berkahwin? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.