Thursday, November 19, 2015

Ustaz Kasanova Ini Diburu... Awas! Jangan Terpedaya Dengan Lelaki Ini

 Ustaz Kasanova Ini Diburu... Awas! Jangan Terpedaya Dengan Lelaki Ini Publish

Terdahulu pernah menjadi bualan hangat dengan isu Ustaz Kasanova yang telah berkahwin lebih daripada 13 isteri!

Tampil dengan gaya penuh Islamik dan menyamar sebagai seorang berkelulusan tahfiz Al-Quran telah membuatkan ramai wanita dan keluarga wanita terpedaya dengan 'ustaz kasanova' ini.

Justeru itu, Mohd Razis atau lebih dikenali 'Ustaz Kasanova' ini kini diburu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) selepas dipercayai menipu lebih 13 wanita menerusi pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Menurut pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata waran tangkap telah pun dikeluarkan ke atas Razis oleh Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 25 Oktokber berikutkan beliau gagal untuk hadir ke mahkamah bagi menyambung proses jaminannya di Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu.
"Kesalahan yang dilakukannya ialah berkahwin tanpa prosedur yang ditetapkan sama ada dari segi undang-undang dan juga hukum syarak.
"Kebanyakan perkahwinan dan perceraian lelaki ini adalah tidak didaftarkan mengikut undang-undang Malaysia sehingga berlaku penganiayaan dan pengabaian terhadap isteri-isteri dan anak-anak suspek," katanya dipetik laporan Bernama hari ini.
Beliau tampil mendekati mangsa dan keluarga mangsa dengan pernampilan dan perwatakan seorang yang mahir ilmu agama membuatkan mangsa dan keluarga akan percaya padanya.
"Suspek juga mendakwa masih bujang dan menggunakan gelaran Ustaz Arrozi Abdul Rahman dan Ibnu Ar Razi," katanya.
Menurut beliau lagi, kebanyakkan mangsa lelaki ini adalah pelajar institut pengajian tinggi yang kebanyakkan terpedaya dengan perwataknnya dan kebanyakkan mangsanya adalah wanita-wanita yang mempunyai ciri-ciri keagamaan dan wanita berstatus janda yang mempunyai pendapatan tinggi.


Ustaz Kasanova Ini Diburu... Awas! Jangan Terpedaya Dengan Lelaki Ini Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.