Thursday, November 19, 2015

PANAS! Sepupu Kerani Mati Dibunuh Bengang khabar Angin Tersebar Di Laman Sosial

PANAS! Sepupu Kerani Mati Dibunuh Bengang khabar Angin Tersebar Di Media Sosial

Beberapa hari lalu menjadi bualan hangat dalam laman sosial berikutan insiden kerani yang mati dibunuh oleh perompak. Lebih tragis, sudahlah merompak, arwah kemudian dirogol dan dijerut pula.

Ekoran tragedi itu, ia menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen ehingga timbul macam-macam kemungkinan dan sebab mengapa perkara ini boleh berlaku. Mungkin tidak tahan dengan situasi yang melanda, dengan khabar angin yang tersebar luas di laaman sosial, sepupu kepada arwah kerani berkenaan sendiri tampil memuat naik status di laman Facebooknya Srikandi Kucing

Mohon sangat, kalau nak nasihat ke ape ke, tak perlu kaitkan dengan kes arwah isteri sepupu saya.. Kes dia sama sekali takde kaitan dengan 'check in location ke up status suami xde kat rumah ke atau ape2 pon. Arwah nie bukan duduk situ, ape lagi nak up status yang suami dia takda kat rumah. Tak tahu hujung pangkal, jangan pandai2 nak buat spekulasi. Ye paham nak nasihat, nak suruh berjaga2 tapi tak perlu buat tajuk berkaitan dengan kes arwah. 

Dek kerana nasihat free tue lah, dah timbul macam2 sangkaan pada arwah sedangkan arwah tak duduk kat sane, dia singgah nak ambil barang, siap minta izin suami lagi tapi dah sampai ajal nak jadi macam tue. Yang tanye kenapa suami tak teman? Mungkin suami anda bukan dari golongan badan beruniform yang menjaga keselamatan negara. Yang setiap hari boleh balik awal tengok muka anak bini. 

Tue belum lagi ade page2 yang suke2 je buat tajuk 'suami outstation hari nie, ada sape nak teman' siap letak pulak gamba arwah satu family. Hormatilah perasaan suami arwah & keluarga. Mungkin belum sampai masa anda untuk rase macam mana perasaan kami. Cukuplah dengan Al-Fatihah. Terima Kasih.

PANAS! Sepupu Kerani Mati Dibunuh Bengang khabar Angin Tersebar Di Laman Sosial Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.