Wednesday, November 18, 2015

PANAS! Pengakuan Mengejutkan Pelakon Popular Positif HIV

PANAS! Pengakuan Mengejutkan Pelakon Popular Positif HIV

Seorang pelakon popular siri sitkom mengaku mempunyai virus HIV (human immunodeficiency virus) dalam sebuah temuramah stesen televisyen, semalam.

Menurut CNN, pelakon 'Two and a Half Men', Charlie Sheen, 50 membuat pengakuan berkenaan kepada NBC dalam rancangan 'Today'.

Beliau merupakan pelakon veteran Hollywood yang juga popular dengan filem 'Wall Street' pernah berkahwin beberapa kali dan pernah memasuki pusat pemulihan dadah.

Dalam temuramah bersama Matt Lauer, beliau memberitahu telah dijangkiti virus berkenaan empat tahun lalu.

Beliau juga mengaku mengadakan hubungan seks rambang dan pernah membayar untuk melakukan hubungan seks dengan pelakon lucah.

Difahamkan, beliau membuat pengakuan tersebut kerana rasa dikhianati oleh orang yang menyimpan rahsianya sebagai pesakit HIV.
"Saya percayakan mereka. Saya bayar mereka (supaya senyap) berjuta-juta dolar," kata Sheen.
PANAS! Pengakuan Mengejutkan Pelakon Popular Positif HIV

Khabar angin mengatakan Sheen tetap melakukan hubungan seks rambang walaupun sudah dijangkiti virus tersebut.
"Sheen mengadakan hubungan seks dengan ramai pasangan tanpa diberitahu mengenai status HIVnya," kata satu sumber kepada Inquistr.
Dalam sebuah video yang diperolehi Enquirer, bekas tunang Sheen, Scottine Ross meluahkan rasa marahnya terhadap Sheen.
"Anda memberi risiko saya menghidap HIV selama setahun setengah!" kata Ross marah.
Sheen menerima bayaran tertinggi dalam Two and a Half Men sebanyak USD 1.25 juta (RM5.4 juta) setiap episod.

PANAS! Pengakuan Mengejutkan Pelakon Popular Positif HIV Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.